Pada hari ini ramai pihak menggunakan rekaan grafik yang dihasilkan oleh AI (Artificial Intelligence).

Komposer dan artis rap, serta wakil rakyat Dun Lembah Lembah Jaya, Altimet meluahkan pendapat peribadi berhubung penggunaan grafik yang dihasilkan AI.

Baca Juga:

Suara itu diketengahkan selepas beliau memberikan pandangan berhubung satu poster yang dikongsikan oleh satu badan kerajaan.

“Saya menyeru badan-badan kerajaan tidak menggunakan AI untuk kerja-kerja reka grafik macam ini. Kita ada ramai pereka grafik yang berbakat. Tak seronok kalau sumber manusia dalam bentuk bakat ini dibazirkan,” luah Altimet.

Pandangan wakil rakyat itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai menyokong apabila ‘suara pereka grafik’ diketengahkan.

Dalam masa sama ada yang kurang bersetuju dengan atas alasan penggunaan AI dapat menjimatkan tenaga, wang ringgit badan kerajaan.

Terdahulu, tular rekaan poster yang mempunyai gambar dihasilkan AI dikecam netizen kerana menara berkembar Petronas mempunyai tiga menara telah digunakan oleh sebuah badan kerajaan.

Sumber