Pengangkutan bas sudah menjadi salah satu alternatif wajib buat sebahagian individu yang mahu bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain.
Ramai lebih selesa mengambil bas sewaktu perjalanan tengah malam kerana boleh sampai pada awal pagi keesokan harinya. Tetapi sudah banyak kali kes berkenaan kemalangan melibatkan bas yang dipercayai dipandu secara berbahaya.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan situasi panas di mana seorang penumpang lelaki tampil ke hadapan menegur pemandu bas yang didakwa membawa dengan laju sehingga boleh mengancam keselamatan penumpang bersamanya.
Di dalam video itu, kedengaran suara lantang yang meluahkan rasa bengang apabila pemandu itu kekal membawa bas dengan kadar kelajuan yang tinggi.
“Haram jadah, Tak fikir ke nyawa orang lain, hang bodoh ke? Aku duk sabar, duk sabar lagi macam haram jadah duk bawak, bab* tul,” tegurnya dengan nada kasar.
Dia juga mempersoalkan mengapa pemandu itu masih membawa dengan laju walhal nyawa penumpang lain bakal menjadi taruhan jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini seperti bas terbalik susulan di luar kawalan.
Malah, dia sedia mengambil tindakan ‘keras’ jika pemandu itu masih berkeras untuk memandu secara berbahaya selepas itu. Dia juga tidak risau jika pemandu itu mengalami kemalangan seorang diri asalkan tidak membabitkan orang lain.
Nasihat dah bagi tapi siap dia suruh kita pulak bawak bas. Harap menyesal lah jadi driver bas lepasni 😅
Bas dari KL ke Mersing. No plate SMM7773 pic.twitter.com/kOMHwlEG3Z
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 16, 2025
Video itu telah meraih perhatian netizen dan rata-ratanya memuji akan tindakan berani lelaki itu yang sedia memberikan teguran kepada pemandu demi keselamatan nyawa penumpang lain.
Di samping itu, netizen juga percaya perlu lebih ramai mencontohi tindakan lelaki ini yang berani bersuara jika melihat sebarang salah laku sewaktu pemanduan.


Sementara yang lain, ada yang berharap agar isu pemandu sebegini dapat diatasi dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.