Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengenal pasti kawasan hot spot wabak denggi.

Kawasan itu akan dikenal pasti menerusi keupayaan meramal AI.  Teknologi itu kini sedang dibangunkan kementerian, petik Berita Harian.

Baca Juga:

“Kematian akibat denggi kini melebihi COVID-19. Tahun ini, sebanyak 21 kematian dicatatkan manakala COVID-19 hanya satu.

“Bagaimanapun jumlah itu masih mencatatkan penurunan kerana tahun lalu terdapat 83,000 kes dengan 117 kematian,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau lagi, faktor urbanisasi dan cuaca antara perkara yang menyumbang kepada peningkatan kes dan wabak denggi.

Sumber