Kejohanan Sukan Muay Thai- KL Fight League peringkat suku akhir pada Sabtu dan Ahad yang lepas mendapat sambutan hangat daripada peminat sukan Muay Thai di Malaysia!
Sukan Muay Thai semakin hari semakin dikenali dan di terima oleh rata-rata masyarakat Malaysia dan pada tahun ini, Persatuan Muaythai Kuala Lumpur menumpukan usaha mereka untuk mempromosikan sukan Muaythai, terutamanya di kalangan generasi muda.
Kejohanan KL FIGHT League 2024 ini diadakan untuk mengenal pasti dan menilai kemahiran atlet Muaythai dengan matlamat melahirkan peninju yang berdaya saing untuk peringkat pertandingan yang lebih tinggi.
Acara ini berlangsung sepanjang tahun dengan 4 acara utama
Liga pertama telah pun berlangsung pada 18-19 Mei 2024, Liga kedua pada 27-28 Julai 2024.
Akan datang merupakan Liga ketiga atau semi-final pada 21-22 September 2024, dan Grand Final pada 7-8 Disember 2024.
Turut hadir pada Ahad lalu ialah Penasihat Dato Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Ibrahim bin Yusoff.
Kejohanan Muay Thai Sport (Amatur) akan mempertandingkan 100-200 atlet dari Persatuan dan Kelab Muaythai setiap Negeri, dengan peserta berusia antara 8 hingga 35 tahun.
Sementara itu, Kejohanan Muay Thai Semi Pro dan Pro akan melibatkan 50 atlet dari dalam dan luar Negara seperti Thailand, Singapura, Cambodia, Iran, Australia, Filipina, China, dan USA, bertanding untuk merebut Tali Pinggang dan Piala Kejohanan dengan menggunakan sistem Liga.
Kejohanan ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Persatuan Muay Thai Malaysia.
KL Fight League ini merupakan satu medan mencungkil bakat baru untuk diserapkan ke SUKMA dan Sukan SEA.
KL Fight League ini merupakan satu medan mencungkil bakat baru dalam Malaysia amnya dari peringkat akar umbi untuk menjadi atlet profesional selain daripada mencari atlet yang bakal diserapkan sebagai Atlet Muaythai Wilayah ke SUKMA dan Sukan SEA.
Kejohanan Muay Thai Sport (Amatur) akan mempertandingkan 100-200 atlet dari Persatuan dan Kelab Muaythai setiap Negeri, dengan peserta berusia antara 8 hingga 35 tahun.
Bukan sahaja liga Muay Thai, KL Fight League juga turut melangsungkan sekali gus Kejohanan Muay Sport dan Muay Sport A dalam 4 acara tersebut.
Pembukaan penyertaan untuk Muay Sport dan Muay Sport A akan diumumkan menerusi media sosial KL Fight League yang tersenarai di bawah:
-
- Facebook : KL FIGHT LEAGUE
- Instagram : KL FIGHT LEAGUE
Youtube : KL FIGHT LEAGUE
- Tiktok: klfightleague.my