Jose Mourinho sekali lagi membuktikan bahawa penguasaan bola bukan segala-galanya dalam bola sepak.
Beberapa tahun lalu, ketika di Tottenham dia pernah menyindir Manchester City selepas menewaskan kelab bimbingan Pep Guardiola itu dengan satu ayat ikonik.
Mourinho berkata: “Mereka boleh bawa bola balik ke rumah, dan saya ambil 3 mata.” Ini selepas ada pihak mempersoalkan corak permainan Spurs yang dianggap pasif.
Pada aksi el clasico kali ini, Barcelona diletakkan sebagai pasukan pilihan terutama sekali mereka beraksi di tempat sendiri.
Barcelona dominan
Real Madrid menang 2-1 di Camp Nou. Barcelona menguasai 62 peratus bola, melakukan 644 hantaran dan menghasilkan 17 percubaan. Tetapi Madrid lebih klinikal dengan xG 1.98 berbanding 1.26 milik Barcelona.
Inilah beza menguasai bola dengan mengawal permainan.
Mourinho tahu sistem Hansi Flick mempunyai satu kelemahan besar: garisan pertahanan yang tinggi.
Barcelona gemar menekan lawan di kawasan atas. Namun, apabila tekanan mereka dilepasi, ruang besar di belakang pertahanan terbuka untuk dieksploitasi.
Mourinho membina pelan permainan berdasarkan kelemahan itu.
Real Madrid tidak berminat untuk ‘engage’
Madrid tidak perlu mengejar penguasaan bola. Mereka menunggu, memutuskan hantaran dan menyerang pantas ketika Barcelona belum sempat menyusun pertahanan.
Kylian Mbappe menjadi ancaman utama menerusi larian ke ruang terbuka, manakala Jude Bellingham membantu membawa bola ke hadapan.
Mendiamkan Lamine Yamal
Di bahagian sayap, Madrid turut mengehadkan pengaruh Lamine Yamal dengan mengganggu ruang dan masa yang diperlukan untuk pemain itu mencipta ancaman.
Kehadiran Federico Valverde di bek kanan pula memberikan tenaga untuk bertahan dan membantu serangan.
🚨 𝗡𝗘𝗪: Lamine Yamal against Real Madrid:
• 0 G/A
• 0 key passes
• 0/5 shots on target
• 75 touches
• 4 dribbles
• 8 duels won
• Lost possession 24 timesHe did NOT have his best game. ❌ pic.twitter.com/jntZemrhkh
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) October 25, 2026
Pertukaran yang berimpak tinggi
Paling menarik, pertukaran pemain Mourinho turut membuahkan hasil. Eduardo Camavinga masuk pada minit ke-80 dan membantu menghasilkan gol kemenangan Mbappe tujuh minit kemudian.
Camavinga yang segar bugar melakukan larian solo menarik sebelum membuat satu cut back kepada Mbappe.
🚨 José Mourinho: "I told Camavinga that Tchouaméni will stay low and protect the defense, and you will attack SPACE.
It's difficult for any attackers to attack space against Barcelona, the only solution is to do it with your MIDFIELDERS.
When your attackers do it, Barca's… pic.twitter.com/jbf3YBeyQ1
— Madrid Zone (@theMadridZone) October 25, 2026
Mourinho puas
Kesimpulannya, Mourinho tidak cuba menewaskan Barcelona dengan bermain seperti Barcelona.
Dia membiarkan lawan menguasai bola, tetapi memastikan ruang yang ditinggalkan menjadi senjata untuk Madrid.
Penguasaan bola tidak semestinya bermaksud mengawal perlawanan. Kadangkala, pasukan yang paling bijak mengeksploitasi kelemahan lawan ialah pasukan yang paling layak menang.