Jenama sukan global, PUMA telah memperkenalkan koleksi baharu dikenali sebagai ‘Audacity Pack’ khas untuk individu yang menghargai setiap detik penting dalam hidup mereka.
Koleksi ini akan digayakan oleh bintang-bintang bola sepak ternama dunia seperti Neymar Jr, Jack Grealish, Xavi Simons serta dua pemain skuad wanita Barcelona iaitu Fridolina Rolfo dan Ingrid Engen.
Baca Juga:
- PUMA ‘Collab’ Dengan Warner Bros, Lancarkan Koleksi Harry Potter
- PUMA Lancar But FUTURE 8 Unlimited: Tampilkan Teknologi Terkini Untuk Pemain Kreatif
- Gabungan Inovasi Dan Tradisi Lambang Era Baharu PUMA, Portugal
Pemain-pemain yang sentiasa menjelmakan keberanian mereka ketika beraksi di atas padang untuk disaksikan dunia.

Memperkenalkan PUMA Audacity Pack!
Dengan rekaan terbaharu Audacity Pack untuk model FUTURE dan ULTRA, segala gaya permainan diberi perhatian bagi memastikan setiap pemain mampu menyalurkan semangat keberanian mereka.
FUTURE 8 generasi baharu hadir dengan peningkatan teknologi terkini serta direka khusus untuk memberikan kebebasan sepenuhnya buat pemain di atas padang dan membebaskan naluri kreatif mereka.
Warna pada edisi Audacity ini benar-benar mencerminkan namanya dengan asas kuning terang yang dipadankan bersama perincian merah jambu, putih dan hitam pada bahagian atas.

Ia bagi memastikan setiap pemain tampil menyerlah dan tidak tenggelam dalam kalangan yang lain ketika beraksi dia atas padang.
FUTURE 8 dilengkapi dengan bahagian atas FUZIONFIT³, yang membalut kaki seperti kulit kedua, memberikan keselesaan yang rapat dan empuk tanpa menghalang ledakan kelajuan.
Lapisan jaring bertekstur dengan ketumpatan tinggi, bersama GripControl Pro, menambah cengkaman dan kawalan, manakala tapak luar FLEXIGILITY yang serba baharu memastikan kelincahan 360 darjah, membolehkan pergerakan bebas antara garis dan mencipta prestasi terbaik pemain tanpa batasan.

Manakala ULTRA 5 pula menampilkan warna asas kelabu gelap dengan sentuhan kuning dan merah jambu, memberi rasa seperti mesin yang diselaraskan dengan teliti, memberikan anda but yang direka untuk kelajuan berdasarkan pengetahuan kejuruteraan dari PUMA Motorsport.
Edisi ULTRA 5 ULTIMATE dilengkapi dengan tapak luar SPEEDSYSTEM yang serba baharu, memberikan asas eksplosif untuk kelajuan pantas di atas padang, sementara reka bentuk stud FastTrax menyediakan cengkaman pelbagai arah.

Koleksi Audacity Pack kini tersedia secara eksklusif di Football Republic dengan harga antara RM999 hingga RM1,029.