Influencer serta usahawan kunafa, Ojen Aiwah telah tampil menjelaskan tentang komennya di media sosial yang dianggap sombong dan riak.
Ojen membalas komen netizen yang meminta dia jangan cabar netizen Malaysia.
Ojen membalas: “PLUS, jangan main gila dengan orang ada duit. Jangan cari pasal dengan orang berduit.”

Komen itu membuatkan ramain netizen mengecamnya dan menganggap Ojen Aiwah sebagai seorang yang riak dan angkuh.
Dia kemudian tampil menjelaskan bahawa, komen itu hanya ditujukan kepada seseorang individu dan tidak berniat menghina netizen yang lain.
Ojen berkata: “Assalamualaikum, saya cakap dekat individu itu bukan secara umum dan general untuk semua orang.
“Saya ditekan segala sudut oleh saudara tersebut. After all, Saya hanyalah warganegara Malaysia yang menjual kunafa/ dessert. Nama pun manisan. Sampailah akhirnya saya meletus kerana saudara tersebut begitu deep nak “menegur”.
“Touch saya punya business. Kenapa saya? Sebab saya ada followers ke? Siapa je yang tak marah saudara. Kalau ayat ni buat saudara sentap. Saya truely mohon maaf.”
“Sebab itu Ojen cakap situ ‘PLUS jangan main gila dengan orang ada duit’ – sebab ojen seorang warganegara so ayat tu telah disalahtafsirkan.
“Bila ojen baca balik, ya! boleh mendatangkan fitnah maka Ojen padamkan komen itu. Tetapi dah disebarkan oleh semua. Sekali lagi Ojen minta maaf.
“Untuk mereka yang mengenali ojen selama berniaga mulut asyik sebut terima kasih je kat semua yang sokong tour saya.”
