Jurulatih kecergasan, Tareq Fit mempertahankan tindakannya mengkritik seorang influencer penjual kunafa, Ojen Aiwah. Sebelum ini Tareq Fit mengkritik Ojen yang bermekap dan berdandan seperti perempuan serta menganggap makanan dijual Ojen sebagai memudaratkan kesihatan.
Tindakan Tareq Fit yang mengkritik Ojen Aiwah telah membuatkan Ojen bengang. Dipetik daripada Oh Bulan, Ojen berkata: “Adah serahkan kepada peguam dan pegawai penyiasat.
Aku akan saman kau dan kerakyatan kau akan ditarik balik. Bermula dengan ” teguran” berakhir fitnah.’
Ojen seterusnya menganggap tindakan Tareq Fit itu telah menjejaskan perniagaannya. Dia menambah: “Diam tak bererti kau boleh pijak aku hari-hari, atas tiket teguran sampai orang caci maki aku dan keluarga aku.
“Semenjak dari tahun lepas lagi aku dan pihak peguam diam sebab kita nak kumpulkan segala bukti.
“Aku bukan saman dia sebab isu peribadi. Aku saman dia sebab dia sentuh Kunafa Aiwah.
“Disebabkan dia tegur aku lah, aku berubah sikit-sikit pakai topi. Ingat aku robot ke? From so called “teguran” berubah menjadi defamation, siap kecam Kunafa Aiwah kata kunafa mengarut.”
Tareq Fit tidak takut dengan saman Ojen Aiwah. Dia berkata: “Aku akan sentiasa lawan ideology lelaki pakai makeup , non stop. Kau Muslim kan? Ada lelaki dan perempuan. Tak ada Sotong , tak ada pondan!
“Nak saman silakan, hakikat kena sebarkan.
“SubhanAllah, kau terasa hati kerana hakikat, duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat Alhamdulillah.”
Sekian daripada mempromosi lelaki berpenampilan feminin, Tareq Fit turut mengkritik makanan yang dijual oleh Ojen Aiwah sebagai tidak sihat.
“Didik masyarakat untuk kurangkan makanan yang banyak topping tidak sihat, jadi salah. Perkara benar memang pahit.
“Aku tidak bermusuh kau atau jenama kau, aku didik masyarakat menjadi sihat,” tegasnya di Threads.