Netizen tidak melepaskan peluang untuk mempersoalkan jurulatih kecergasan, Tareq Fit yang dianggap double standard dalam isu berkaitan kondisi fizikal.

Menurut netizen, Tareq Fit sebelum ini kerapa mengecam orang yang gemuk dan lebih berat badan secara terbuka.

Dia juga kerap meminta agar semua orang jadi kurus untuk kekal sihat.

Namun begitu, baru baru ini, netizen telah mendapati isteri Tareq Fit sendiri rupa rupanya berisi.

Harun Shah berkata: “Coach, saya peninglah, hari tu kamu cakap kena kurus, makan makanan sihat sebab kalau gemuk ini tidak cantik, tidak kira lelaki atau wanita – semua kena kurus. Kerana gemuk ini tidak okay.

“Hari ini setelah kantoi isteri coach pun berisi, tiba tiba coach pusing pula menyatakan bahawa coach sebenarnya suka wanita chubby [berisi]. Mana satu yang betul ni?”

Dalam video yang turut disertakan oleh netizen tersebut, Tareq Fit mempertahankan kenapa isterinya berisi. Menurutnya, itu atas kehendak Tareq Fit sendiri yang suka wanita berisi.

@harunmohdshah

Pening Aku Dengan Coach Tareqfit Nak Isteri chubby #tareqfit #fyp

♬ son original – auronrisa02

“Dua tiga hari ini orang kecoh tentang isteri saya gemuk, tak sihat.

“Okay dengar apa yang saya nak sampaikan.”

Menurut Tareq Fit, isterinya dulu memang gemuk namun sekarang isterinya cuma dikira berisi atau chubby.

Netizen Pening Tareq Fit Pertahan Isterinya Yang Berisi: 'Saya Suka Wanita Chubby'

Dan Tareq Fit sudah memberitahu isterinya agar tidak menurunkan lagi berat badannya, kerana dia sukakan isteri yang berisi.

Tareq berkata:  “Dulu isteri saya gemuk, ya! Namun sekarang alhamdullilah dia cuma terlebih berat badan sahaja [tidak terlalu gemuk].

“Sebab saya dah pesan dengan dia: ‘Sayang jangan turunkan berat badan, sebab saya tak kamu kurus kering.

“Kenapa? Sebab perempuan lagi cantik apabila mereka berisi, curvy, chubby. Yang dah kahwin faham kan? Alhamdullilah.

“Inshallah, di masa akan datang, jika Allah SWT berikan aku kemampuan untuk berpoligami, aku akan mencari perempuan yang Chubby.”

@tareqfit

Chubby baru Manis ♥️#malaysiatiktok🇲🇾 #malaysiatiktok #fypppppppppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT

Netizen berbelah bagi pendapat tentang Tareq Fit

Di ruangan komen, netizen terkejut dengan tindakan Tareq Fit yang tiba tiba seolah olah menerima orang gemuk apabila tiba pada isterinya sendiri.

“Sampai kat dia semua boleh, bila dekat orang lain semua tak sihat,” sindir seorang netizen.

Ada juga yang mempertahankan Tareq Fit menyatakan bahawa, memang ada beza antara obesiti dengan chubby.

Obesiti adalah satu kondisi yang tidak sihat, sementara berisi adalah perkara yang berbeza.

Netizen Pening Tareq Fit Pertahan Isterinya Yang Berisi: 'Saya Suka Wanita Chubby'
Foto: Tiktok