ASUS pada tempoh hari lalu ada mengacah tentang kehadiran konsol permainan ROG Ally bersama anggaran harga. Kini ROG Ally secara rasminya diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Asus Malaysia telah mengesahkan harga jualan rasmi konsol terbaharu mereka adalah RM3,299. Anda boleh meneruskan bacaan untuk ketahui spesifikasi lanjut bagi konsol ROG Ally yang ditawarkan di Malaysia.

Baca Juga:

ROG Ally

Sumber Gambar: Gameshub

Seperti yang kita sedia maklum, ASUS ROG Ally yang ditawarkan di pasaran tempatan akan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme yang dibangunkan khusus untuk konsol ini dengan hasil kolaborasi bersama AMD.

Cip ini dilengkapi dengan lapan teras fizikal dan 16 bebenang kuasa yang merupakan gabungan CPU Zen4 dan juga RDNA3 yang terbaru yang bakal menjanjikan pengalaman permainan yang baik.

Sumber Gambar: Gameshub

Konsol ini juga tampil dengan memori LPDDR5 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB yang boleh ditambah menggunakan kad MicroSD sekiranya diperlukan. ROG Ally turut hadir dengan paparan skrin bersaiz 7.0 inci dengan resolusi Full HD dan refresh rate 120Hz.

ASUS ROG Malaysia mengesahkan bahawa jualan atas talian untuk konsol ASUS ROG Ally ini akan bermula pada malam ini, 19 Jun 2023, manakala jualan di kedai-kedai fizikal pula akan bermula pada 1 Julai 2023 ini.

Sumber Gambar: ASUS Malaysia

ASUS Malaysia juga mengesahkan bahawa hanya satu model yang akan dijual di pasaran tempatan, iaitu model yang dikuasakan AMD Ryzen Z1 Extreme.

Bukan itu sahaja, anda boleh membawa permainan ke tahap maksimum dengan mendapatkan external graphic card ROG XG Mobile yang dikemaskini dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 yang terbaru.

XG Mobile RTX bersama RTX4080 akan dijual pada harga RM9,999 sementera kad grafik kedua tertinggi adalah RTX3080 berharga RM7,999 dan akhir sekali hadir dengan kad grafik RX6850 yang berharga RM6,999.

Sumber Gambar: ASUS Malaysia

ASUS ROG Malaysia juga memperkenalkan berkas terhad dengan setiap pembelian ASUS ROG Ally yang bernilai RM1299. Aksesori yang ditawarkan melalui berkas ini termasuklah fon telinga ROG Cetra Wireless, ROG Ally Travel Case dan banyak lagi.

Sumber