ASUS Malaysia sebelum ini sudah mengesahkan bahawa konsol permainan yang dinamakan ROG Ally akan hadir buat pasaran tempatan. Ramai peminat tertanya-tanya pula dengan harga yang bakal ditawarkan kerana mahu menentukan adakah ia berbaloi atau pun tidak?

ASUS nampaknya sekali lagi memberikan hint untuk harga pula memandangkan ramai peminat yang mahu menabung untuk konsol permainan yang diidamkan. Mereka juga telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya model yang dikuasakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme akan dibawa masuk.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Asus Malaysia

Menerusi sebuah hantaran teka-teki di laman Facebook mereka, ASUS Malaysia juga memperlihatkan “tanda harga” tempatan ASUS ROG Ally Z1 Extreme ini dimana pembaca perlu menyelesaikannya menggunakan kaedah persamaan serentak.

Untuk memudahkan kita meneka harga itu, Asus ROG sedia memberikan petunjuk di mana komputer riba hitam dalam persamaan pertama iaitu ROG Flow Z13 ACRNM yang berharga RM12,999.

Setelah kami selesaikan persamaan berkenaan, maka tanda harga rasmi bagi ROG Ally Z1 Extreme adalah sekitar RM3,299 buat pasaran tempatan. Sementara versi standard pula, masih belum dikongsikan tanda harga oleh pihak Asus setakat ini.

ASUS Malaysia akan hadir dengan acara pelancaran rasmi pada 19 Jun ini yang mana mereka akan akan melancarkan secara rasmi ROG Ally berserta harga jualan. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi ROG Ally yang bakal berlangsung dalam beberapa minggu lagi.

Sumber