Jika sebelum ini para pengguna di rumah lebih selesa untuk mendapatkan home theatre dalam mendapatkan kualiti audio yang terbaik dan berkuasa, kini mungkin tidak lagi.

Kebanjiran soundbar dalam pasaran yang mampu menawarkan kualiti audio yang hampir sama dengan saiz yang lebih kompak serta minimal antara yang membuatkan model soundbar menjadi pilihan.

Samsung juga tidak terkecuali dalam menawarkan model soundbar bagi membantu para pengguna memandankan TV mereka bersama peranti audio terbaru keluaran mereka.

Bagi mengetahui lebih lanjut perbezaan yang ditawarkan Samsung Soundbar HW-Q800C berbanding model yang lain, kami mengambil peluang untuk mencuba sendiri model terbaru daripada Samsung ini. Berikut merupakan review penuh daripada mengenai Samsung Soundbar HW-Q800C.

Samsung Soundbar HW-Q800C

Sejak beberapa tahun terakhir ini, penggunaan soundbar semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Rekaan yang minimal, kemas dan kompak antara yang membuatkan soundbar menjadi pilihan berbanding set audio lain yang jauh lebih besar dan memakan ruang.

Menerusi Samsung Soundbar HW-Q800C, Samsung berjaya mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan soundbar pertama dunia dengan sokongan Dolby Atmos yang boleh disambungkan secara wireless.

Pengenalan soundbar ini pastinya memberi peluang buat para pengguna untuk memadankannya bersama sistem audio televisyen tanpa pening memikirkan cara-cara untuk mengelakkan daripada wayar soundbar jelas kelihatan sewaktu menonton televisyen.

Ruang televisyen anda juga pastinya bakal kelihatan lebih kemas dan moden. Sesuai buat anda yang mementingkan ruang meja TV yang estetik serta kemas.

Saiznya yang kompak serta hadir dengan warna hitam sekaligus memudahkan pengguna memandankan model ini dengan pelbagai televisyen di pasaran. Para pengguna juga turut dibekalkan dengan sebuah subwoofer yang kecil.

Walau bagaimanapun, jangan terkejut sekiranya audio yang ditawarkan soundbar beserta sebuah subwoofer ini seolah hadir daripada pelbagai arah menerusi teknologi unik yang tersedia.

Sambungan untuk menghubungkan bersama TV juga sangat mudah. Malah, sokongan wireless yang ditawarkan membolehkan anda menghubungkannya bersama telefon pintar bagi memainkan lagu kesukaan anda tanpa sebarang masalah.

Oh ya, tidak hanya menawarkan audio 5.1.2 seolah menggunakan home theatre, Samsung Soundbar HW-Q800C ini juga turut dilengkapi dengan teknologi SpaceFit Sound Pro.

Menerusi teknologi Samsung Spacefit Sound Pro, model ini berpeluang menawarkan kualiti audio terbaik mengikut ruang sesebuah tempat. Cool bukan?

Sangat sesuai buat anda yang mahu mendapatkannya untuk kegunaan menonton movie atau bermain game di mana model ini mampu menawarkan bunyi yang optimum mengikut keluasan rumah anda.

Harga

Berbincang mengenai harga, Samsung sedia menawarkan harga yang istimewa buat para pembeli yang mahu mendapatkan model terbaru Samsung ini.

Samsung Soundbar HW-Q800C ini sedia ditawarkan dengan warna hitam sahaja pada harga serendah RM3,999. Sekali pandang mungkin harga yang ditawarkan agak premium, walau bagaimanapun pendapat anda mungkin berubah selepas mendengar sendiri kualiti audio yang ditawarkan pada model ini.

Anda juga berpeluang untuk mendapatkannya dengan membuat bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa kadar faedah. Menarik bukan?

Sekiranya anda sudah mempunyai TV yang bersesuaian dengan saiz ruang TV anda serta mahukan peranti audio yang kompak, unik dan juga mampu menawarkan kualiti audio yang terbaik, mungkin Samsung Soundbar HW-Q800C adalah jawapannya.