Pejabat rasmi Premier Sarawak kini miliki bangunan baharu yang dikenali sebagai Kompleks Satria Pertiwi.

Memetik Buletin TV3, pengumuman nama dan pelancaran kompleks itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Baca Juga:

Pelancaran itu dibuat bersempena ulang tahun kelahiran ke-75 Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di satu majlis khas di Petra Jaya.

Kompleks baharu simbol dedikasi anak Sarawak
Kompleks Satria Pertiwi, Pejabat Baharu Premier Sarawak Ala 'White House'
Sumber Gambar: Facebook Jiwa Bakti

Difahamkan nama Satria Pertiwi dipilih kerana disifatkan sebagai simbol semangat perjuangan, kepimpinan dan dedikasi anak Sarawak dalam membangunkan negeri yang berdaulat, progresif dan berdaya saing.

Kompleks baharu itu bakal menggantikan Wisma Bapa Malaysia yang sudah berkhidmat sebagai pusat pentadbiran utama kerajaan negeri selama lebih lima dekad.

Dalam pada itu,  Abang Johari memaklumkan keputusan membina kompleks baharu itu dilaksana daripada kebimbangan terhadap aspek keselamatan di bangunan pentadbiran sedia ada.

Kompleks Satria Pertiwi, Pejabat Baharu Premier Sarawak Ala 'White House'
Sumber Gambar: Facebook Jiwa Bakti
Kompleks Satria Pertiwi, Pejabat Baharu Premier Sarawak Ala 'White House'
Sumber Gambar: Facebook Jiwa Bakti

Selain menjadi ibu pejabat, kompleks tiga tingkat itu merangkumi beberapa jabatan strategik negeri, ruang persidangan, bilik mesyuarat bertaraf antarabangsa serta kemudahan media.

Sementara itu, warganet turut menggelarkan komplek tersebut sebagai ‘White House’ kerana reka bentuknya yang menyerupai kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat

Sumber