Bila duduk di kawasan perumahan apartment atau kondominium, menjadi kewajiban buat para pemilik membayar yuran kos selenggara demi kesejahteraan sejagat.

Tetapi masih ada segelintir pemilik yang memandang ia sebelah mata sahaja tanpa mengendahkannya walaupun sentiasa menggunakan fasiliti yang tersedia pada kediaman terbabit.

Mungkin sudah pelbagai cara tidak berkesan untuk mengejar hutang kos penyelenggaraan, pihak pengurusan di sebuah kondominium mengambil langkah di luar kotak fikiran yang mana meletakkan papan tanda digital di kawasan masuk perumahan terbabit dalam memberi peringatan kepada insan terpilih.

Malah di dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama staywoke property, sebuah papan tanda digital yang besar itu sedia mempamerkan maklumat seperti nama penuh pemilik blok dan jumlah tunggakan yang belum dibayar.

Jumlah tunggakan pula ada yang mencecah puluhan ribu ringgit setakat pada 31 Disember 2024 yang lalu dan dipercayai ada yang sudah dibawa ke mahkamah namun masih tidak berbuat apa-apa dalam menyelesaikan isu tersebut.

Mungkin ini bukan sahaja menjadi peringatan tetapi juga salah satu cara memalukan individu yang culas kepada komuniti mahupun sesiapa yang datang berkunjung ke situ.

@staywokeproperty

You won’t wanna have your name on that board. 👀 Maintenance fees keep our homes safe, clean, and running smoothly. From functioning elevators to well-lit corridors, it all adds up. Let’s do our bit to keep our community thriving. 💙 #staywokeproperty #staywokeprop #houserental #rentalproperty #rental #FamilyHome #KualaLumpur #LandedProperty #kl #HouseForSale #HonestReview #CondoReview #PerfectHome #FamilyLiving #KLLiving #RentalMarket #propertyreview #propertymalaysia #ConvenientLiving #condo #CommunityFirst #maintenancematters #ResponsibleLiving #maintenance #pov #payyourbills #aninternmadethis

♬ original sound – staywokeproperty – staywokeproperty

Melihat ke ruangan komentar, ramai yang terkejut bagaimanapun dalam masa mengakui ini mungkin cara paling kreatif yang pernah dilihat setakat ini.

Kondo
Sumber Gambar: TikTok
Kondo
Sumber Gambar: TikTok

Dengan kehadiran papan digital itu mungkin akan menimbulkan kesedaran buat mereka yang culas untuk mula membayar yuran kos selenggara di kediaman mereka.

Sebahagian netizen mendakwa terdapat kemungkinan pemilik sebenar hanya membuat sewa rumah tersebut dan tidak mengambil kisah berkaitan kos selenggara yang tertunggak itu.