Sebelum ini, pelakon jelita Siti Saleha menjadi bualan ramai setelah penceraiannya, namun dia turut mengakui sedang mengenali hati budi seseorang pada waktu ini tetapi menunggu masa yang tepat untuk mendedahkannya apabila sudah bersedia nanti.

Baru-baru ini, pelakon 7 Hari Mencintaiku itu sekali lagi meraih perhatian orang ramai apabila berkongsi dua keping foto di Instagram miliknya bersama seorang lelaki ketika berada di sebuah majlis semalam.

Siti Saleha pernah bercerita tentang seorang lelaki yang telah berjaya mencuit hatinya yang juga berdarah kacukan sama seperti dirinya. Namun, dia memaklumkan hubungan mereka masih lagi dalam fasa awal dan sedang mengenali hati masing-masing.

Menerusi foto yang dimuat naik Siti Saleha itu, dia dan Joshua Fitton menggayakan warna baju hitam yang sama sambil tersenyum di dalam foto tersebut.

Biarpun tidak memperincikan hubungannya dengan jejaka yang juga seorang pereka fesyen untuk lelaki, ramai mengandaikan mereka sedang menjalin hubungan istimewa, selain turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.


Manakala,menjengah di ruangan komen pula, ramai netizen gembira dengan pilihan hatinya, bahkan rakan-rakan artis turut menggunakan emoji ‘love’ serta mendoakan supaya mereka dijodohkan kelak.