Baru-baru ini, Wak Doyok telah memuat naik gambarnya bersama Datuk A. Aida di Instagram ketika sambutan ulang tahun kelahirannya dengan hantaran restu. Lantaran gambar mesra tersebut, muncul spekulasi mengatakan mereka sedang bercinta.
Menerusi laporan, Aida mengatakan bahawa dia dan Wak Doyok adalah ‘BFF’ (Best Friend Forever) dan telah kenal bertahun-tahun. Malah, Aida turut menyifatkan Wak Doyok seorang yang penyayang dan kelakar selain berkerjaya serta bergaya.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
“Kami tahu ramai tertanya-tanya sejauh mana hubungan, tapi apa yang boleh saya cakap doakan kami saja. Kalau ada jodoh, adalah,” kata Aida.
Menurut Aida, dia tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman solo dan anak-anaknya turut memberi pesanan kepadanya agar mencari lelaki berkerjaya sebagai pasangan.
Tambahnya, dia sedia maklum mengenai kenyataan ibu kepada Wak Doyok yang sebelum ini mahukan menantu anak dara dan menolak wanita berstatus janda.