Penulis lagu, penyanyi dan pengarah berkontroversi Malaysia, Namewee menarik perhatian orang ramai apabila beliau berkongsi hebahan kematian melalui media sosialnya.

Pada tengah malam semalam akaun Instagram Namewee memuat naik sekeping gambar berwarna hitam putih dengan bertulis 1983-2024, dengan tanpa sebarang penjelasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beberapa jam kemudian, menerusi satu hantaran Facebook Namewee, satu hebahan kematian dikongsikan dan menjemput orang ramai untuk datang melawat bermula 2 petang hingga 10 malam ini.

Pada masa sama, satu majlis perpisahan pula akan diadakan pada pukul 7 malam hingga 10 malam. Orang ramai yang akan hadir diminta memakai pakaian serba putih.

Menerusi info di dalam hebahan itu lagi, majlis dibuat di Nirvana 2 atau Nirvana Center KL, tingkat 3, Majestic Hall.

“Kami dengan hormat menolak semua jenis kalungan ucapan takziah, jambakan bunga, wang, obituari dan iklan peringatan.

“Pada masa sama, tiada liputan media dibenarkan, terima atas kerjasama yang anda berikan,” petik hebahan tersebut.

Sementara itu portal Sin Chew melaporkan pihak Nirvana Group mengakui ada menerima tempahan slot auditorium pada malam ini bagi pihak Namewee.

“Walau bagaimanapun, anda perlu bertanya kepada keluarga atau ejen anda tentang kandungan majlis perpisahan tersebut. Kami belum tahu kandungannya,” kata pihak Nirvana Group.

Hebahan kematian Namewee itu membuatkan ramai netizen tertanya-tanya sama adakah perkara ini benar.

Bagaimanapun ramai netizen berpendapat ia sekadar satu prank bersempena 1 April pada hari ini.

Peminat-peminatnya masih bingung sama ada perkara ini benar-benar terjadi dan meminta ada pihak dapat tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.