Nama Aliff Aziz kembali menjadi bualan netizen apabila seorang wanita tampil mengaku dirinya kekasih gelap kepada penyanyi terbabit sejak awal tahun.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine itu, dia tidak sanggup melihat Aliff dikecam netizen sekaligus mahu menjernihkan keadaan.
Baca Juga:
- ‘Tiga Jam Ketuk Pintu, JAWI Hubungi Bomba’ – Aliff Aziz Dan Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat
- ‘Ini Jalan Terbaik, Peluang Sudah Diberi’ – Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz
- ‘Single Banyak, Suami Orang Juga Nak’ – Nama Ruhainies Dipetik Ditangkap Khalwat Dengan Aliff Aziz
“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan lebih lanjut.
“Memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Tapi Aliff tidak berhak dituduh berseorangan kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji.” ujarnya.
Tambahnya, dia berasa kecewa kerana ‘diduakan’ oleh Aliff. Dalam pada masa yang sama, dia turut mendakwa bahawa pelakon yang diberi nama singkatan ‘NRF’ merupakan dalang membolak-balikkan rumahtangga penyanyi berkenaan.
“Saya baca perbualan mereka dan alangkah terkejutnya saya melihat rancangan NRF untuk membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.” tambahnya.
Terdahulu, Aliff Aziz telah dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) di kondominium milik pelakon Ruhainies.