Sering kali hadir dengan konten melibatkan kereta Tesla serta beberapa model kereta lain, siapa sangka influencer popular di TikTok ini membuat kejutan apabila mengumumkan berkahwin sekali lagi.

Berusia lewat 20-an, perkongsian yang dibuat nyata mengejutkan ramai apabila influencer @abg.tesla ini memuat naik sebuah video yang memperlihatkan beliau berpeluk kesedihan dengan isteri pertama sebelum melangsungkan pernikahan buat kali kedua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@abg.tesla

Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami

♬ Very Sad – Enchan

Di dalam video berkenaan, turut dirakamkan isterinya menitiskan air mata dan memeluk erat influencer ini setelah selesai solat bersama.

Lebih mengejutkan ramai, rakaman kesedihan ini turut dirakam dan dikongsikan kepada para penonton yang pastinya mengundang pelbagai persoalan di kalangan netizen.

Sumber: TikTok @abg.tesla
Sumber: TikTok @abg.tesla

Sementara itu, influencer ini turut mendedahkan telah mendapat keizinan oleh isteri pertama terlebih dahulu.

Menerusi kemas kini video terbaru, influencer yang baru sahaja berkongsi video bernikah dengan isteri kedua ini turut memuat sebuah video baharu dalam mempromosikan ‘ubat kuat’ buat para lelaki di luar sana.

Untuk pengetahuan, poligami sememangnya dibenarkan agama Islam. Mendapat keredhaan isteri pertama antara dilakukan influencer ini sebelum bernikah buat kali kedua.