Berita baik buat peminat muzik di Pulau Pinang! Hujung minggu ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan artis popular tanah air yang bakal membuat persembahan di pentas Konsert Jom Heboh BABA’S!

Karnival Jom Heboh BABA’S akan berlangsung selama 3 hari di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, mulai 9 pagi dan pelbagai acara akan dijalankan di sana nanti.

Baca Juga:

Namun acara kemuncak yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pengunjung pastilah persembahan Konsert Jom Heboh BABA’S oleh artis tempatan pada Sabtu dan Ahad, pada 9 malam. Kami jamin, anda pasti akan enjoy dari pagi sampai ke malam di Karnival Jom Heboh BABA’S nanti!

Siapa yang bakal beraksi nanti?

Konsert Jom Heboh Pulau Pinang 2023

Wah, barisan artis yang bakal buat persembahan semuanya hebat belaka! Sarah Suhairi, Nabila Razali, Naqiu, Zynakal, Zamani, Rahmad Mega, Bunga, Siti Nordiana, Usop, Marsha Milan dan ramai lagi akan beraksi di pentas Konsert Jom Heboh BABA’S. Imsomniacs dan Budak Nakal Hujung Simpang pun ada guys!

Tidak cukup dengan itu, pengunjung Karnival Jom Heboh BABA’S juga berpeluang bertemu selebriti Tonton Drama Sangat dan maskot terkenal, nikmati Food Fest, berhibur bersama Jom Lokal Jam dan banyak lagi!

Bola Jalanan Vocket dan personaliti OhBulan! pun ada!

Selepas mendapat sambutan menggalakkan di KJH Shah Alam, acara Bola Jalanan Vocket diteruskan ke Pulau Pinang pula di mana 16 pasukan akan bertanding untuk muncul juara dan membawa pulang hadiah utama wang tunai RM1,000 berserta trofi dan medal!

Bintang OhBulan! pun akan turut sama ada di sini nanti untuk berhibur bersama pembaca dan kalau anda mahu nyanyi lagu duet bersama artis dan bintang OhBulan!, kenalah datang ke sini bermula esok.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis kesayangan anda beraksi. Begitu juga dari pagi sampai ke malam pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung sesuai untuk sesisi keluarga.

Jumpa semua di Karnival Jom Heboh BABA’S, 28 hingga 30 Julai ini di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, mulai 9 pagi. Jangan lupa ajak sekali jiran dan sanak-saudara mai sini nanti naa!