Semakin hari semakin ramai yang berani menunjukkan diri tidak berpuasa kepada umum atau untuk tatapan di media sosial.

Sebelum ini dua remaja dengan selamba membuat konten live stream tidak berpuasa. 

Dua Remaja Tanpa Segan Buat ‘Live Stream’ Makan Di Waktu Pagi Bulan Puasa

Dan sekarang ada beberapa lagi konten tidak berpuasa jadi bahan konten demi meraih perhatian warganet dan menganggap ianya bahan jenaka.

Terbaru satu lagi konten tidak berpuasa jadi tatapan umum di media sosial. Membuatkan netizen menganggap semakin ramai generasi hari ini yang meremehkan bulan puasa.

Selain itu ada juga yang membuat konten tidak berpuasa dengan ‘bangganya’ ketika berada di pusat snooker.

Ada yang berpendapat bahawa konten tersebut sangat biadap dan tidak menghormai kesucian bulan ramadan.

Selain itu ada juga berpendapat: “Dulu ada sahaja orang tidak berpuasa namun tidaklah sampai nak tunjuk kepada orang.”

Seorang lagi berkata: “Ada orang bermati matian mempertahankan negara dalam puasa. Ada pihak pula abaikan puasa. Kita tidak pasti akan dapat puasa tahun hadapan atau dapat lagi tak sambut bulan ramadan.”

Sementara satu lagi konten, seorang wanita mengakui dia sedang berpantang dan tidak berpuasa. Namun netizen menyatakan bahawa, kenapa dia perlu menunjukkan kepada umum bahawa dia tengah tidak berpuasa:

“Faham kakak tidak berpuasa tetapi tidak patut rasanya, nak makan buat live macam in. Boleh sahaja makan senyap senyap.”