Mulai dilantik sebagai pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 1 Julai 2018 lalu menggantikan Tan Sri Wahid Omar, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku mantan Gabenor Bank Negara dilaporkan tidak akan disambung kontrak.

Menurut Sinar Harian, dua nama calon pengganti pengerusi kumpulan PNB ini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan kelulusan. Dimaklumkan, kedua-dua calon berikut merupakan kapten kepada industri dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pelaburan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
pnb_group_fy18_2803_(2)
Sumber: Malay Mail

Kedua-duanya adalah kapten industri dan memiliki pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan. Pelantikan pengerusi baru ini akan memberi dimensi baharu kepada PNB.

Sebagai rekod, sepanjang Tan Sri Dr Zeti Aziz menjadi pengurus, PNB berjaya mencatat dividen 7sen seunit pada tahun 2018 diikuti dengan 5.50sen seunit pada tahun 2019 dan 5sen seunit pada tahun 2020.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak PNB bagi menantikan pengerusi kumpulan terbaru PNB menggantikan positi Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Selain daripada dilantik menjadi pengerusi PNB, beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Sime Darby Property.

Tan Sri Dr Zeti Aziz Dilantik Sebagai Pengerusi Terbaru Sime Darby Property

Bagaimana Zeti Aziz Tangani Risiko Sepanjang Menjadi Gabenor Bank Negara

Sumber