Sudah menjadi kebiasaan buat pemilik kereta melakukan konvoi secara besar-besaran dalam mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Bagaimanapun, sering kali kita melihat segelintir kumpulan pemilik kereta yang melanggar undang-undang jalan raya termasuklah memandu secara merbahaya dan paling ketara memenuhi semua lorong  jalan dengan sengaja.

Baru-baru ini, sebuah konvoi kereta Lancer mencuri perhatian netizen apabila mereka mempamerkan disiplin yang bagus di jalan raya sekaligus meraih pujian ramai.

Boleh dilihat di dalam video yang mana para pemilik Lancer hanya menggunakan satu lorong sahaja malahan dipandu secara berhemat.

Sepanjang video terbabit, mereka menyertai konvoi mematuhi peraturan jalan raya dengan baik termasuklah tidak memotong secara merbahaya atau memandu dengan kelajuan tinggi ketika di Lebuhraya LPT.

Semua tampak tersusun rapi yang mana difahamkan mendapat penyertaan lebih 177 buah kereta pada konvoi tersebut, ini membuatkan ia lebih menggagumkan.

Salah seorang peserta turut mendedahkan ada beberapa petugas dilantik untuk menjaga barisan agar ia tersusun rapi dan mematuhi had laju yang ditetapkan.

@princessmma_23

Lancer konvoi highway LPT pagi 17 nov 2024🤩 tak tau la berapa biji konvoi tu. bagus dorg ni sbb konvoi reramai takde bersepah masuk lane sebelah🫡 menarik perhatian betul warna jingga tu. cun habisssss oooiiiii🧡🧡🧡 #lancer #car #konvoi #lpt #fyp #foryou #xyzbca #lebuhrayapantaitimur #highway #jalanraya #jalanjalan #17november #2024

♬ original sound – Jandre

Wanita yang merakam kejadian tersebut turut memuji peserta konvoi Lancer itu kerana mempamerkan contoh pengguna jalan raya yang bagus.

“Lancer konvoi highway LPT pagi 17 Nov 2024, tak tau la berapa biji konvoi itu. bagus diorang ni sebab konvoi reramai takde bersepah masuk lane,” kongsinya pada ruangan kapsysen video.

Menjengah ke ruangan komentar, orang ramai sedia memuji kumpulan konvoi itu kerana dikendalikan dengan jayanya dalam masa mematuhi undang-undang jalan raya.

konvoi lancer
Sumber Gambar: TikTok
konvoi lancer
Sumber Gambar: X

Malah, netizen turut berharap agar konvoi Lancer ini menjadi contoh buat penganjur lain di masa kelak. Perkara ini sebenarnya boleh dicapai jika masing-masing mendengar arahan dan berdisiplin.