Korea Selatan menjadi negara terbaru yang menunjukkan minat untuk menjadi tuan rumah temasya Piala Asia edisi 2031.
Negara itu dilaporkan telah menyerahkan “surat hasrat” untuk menganjurkan kejohanan benua itu kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Baca Juga:
- Jordi Cruyff Dilantik Sebagai Penasihat Teknikal Indonesia
- Australia Berminat Bida Piala Asia 2031, Saingi Indonesia
- Peter Cklamovski Beri Sebab Terima Tawaran Sebagai Ketua Jurulatih Malaysia
Australia, Emiriah Arab Bersatu, Indonesia dan Kuwait telah pun menyatakan minat untuk mengadakan pertandingan edisi 2031 dan bidaan bersama dari Tajikistan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan diumumkan pada minggu lalu.
Sudah Lama Korea Selatan Tidak Jadi Tuan Rumah

“Persatuan Bola Sepak Korea Selatan mengumumkan pada 28hb bahawa ia telah menyerahkan ‘Expression of Interest to Host’ kepada Konfederasi Bola Sepak Asia pada 27hb untuk Piala Asia AFC 2031,” kata KFA dalam satu kenyataan.
Kali terakhir Korea Selatan menjadi tuan rumah Piala Asia pada 1960 apabila ia merupakan kejohanan empat pasukan yang turut menampilkan Israel, Vietnam Selatan dan Taiwan sebagai Republik China.
Dengan UAE menjadi pilihan antara pembida terawal, AFC berdepan prospek empat edisi berturut-turut kejohanan empat tahunan itu berlangsung di Teluk Arab.
UAE menjadi tuan rumah pada 2019, Qatar pada 2024 selepas China menarik diri kerana wabak COVID, dan Arab Saudi memenangi hak untuk menjadi tuan rumah edisi seterusnya pada 2027.
Peringkat seterusnya perlumbaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan 2031 ialah penyerahan dokumen tawaran diikuti dengan lawatan penilaian AFC sebelum tuan rumah dinamakan pada 2026.
Peminat di sekitar Asia mahu kejohanan tersebut untuk diadakan di luar negara Arab yang mana menurut mereka memakan kos yang terlalu tinggi untuk peminat yang mahu menyaksikan perlawanan.
Indonesia dan Australia dilihat sebagai tuan rumah yang sesuai bagi kejohanan yang diadakan empat tahun sekali itu.

Indonesia sudah menghantar bidaan pada 11 Disember lalu dimana negara itu sudah menyenaraikan venue sekiranya mereka dipilih sebagai tuan rumah.
Antara stadium yang dipilih sebagai venue ialah Stadium Gelora Bung Karno, Stadium Antarabangsa Jakarta, Stadium Gelora Bung Tomo, Stadium Jalak Harupat, Stadium Manahan, Stadium Gelora Sriwijaya, Stadium Pakansari, dan Stadium Sumatera Utara.