Jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia telah mencetuskan lonjakan permintaan terhadap tangki oksigen dan penapis udara di seluruh rantau ini.

Ia memaksa syarikat pengeluar bekerja tanpa henti bagi membekalkan peralatan udara bersih yang amat diperlukan masyarakat selepas banyak keluarga bergegas membeli peranti bagi memastikan kualiti udara dalam bangunan kekal bersih.

Di AA Alive, sebuah syarikat peralatan perubatan yang beroperasi di pinggir Kuala Lumpur, para pekerja bekerja pada kapasiti penuh bagi menghantar bekalan botol oksigen berikutan jualan yang dilaporkan meningkat mendadak, petik The Straits Times.

“Kami melihat peningkatan jualan sebanyak 35 peratus disebabkan jerebu. Semasa awal penglibatan saya dalam industri ini, saya amat terkejut melihat begitu ramai pesakit yang memerlukan tangki oksigen,” kata ahli pasukan jualan AA Alive, Rafina Firdaus, kepada AFP.

Syarikat tersebut membekalkan pesakit dengan tangki oksigen dan juga mesin oksigen (oxygen concentrator). Tangki oksigen secara amnya mampu bertahan selama kira-kira tiga jam penggunaan berterusan, manakala mesin oksigen boleh digunakan sehingga 24 jam.

Bagi Md Noor Bin Bujang, 69, yang menghabiskan masa lebih sebulan di hospital, beliau menerima mesin oksigen pertamanya pada malam 15 Oktober lalu.

Beliau memberitahu AFP bahawa tanpa peralatan bekalan oksigen itu, beliau akan mengalami kesukaran bernafas.

“Saya akan mengalami sesak nafas, terutamanya apabila jerebu,” katanya.

Dalam pada itu, juruteknik AA Alive, Mubassar Khan, 26, menjelaskan bahawa penapis mesin oksigen biasanya ditukar selepas 1,000 jam penggunaan. Namun, pencemaran jerebu yang teruk telah memendekkan jangka hayat penapis tersebut kepada separuh.

AA Alive kini menghantar kira-kira 40 unit sewaan sehari. Menurut Rafina, syarikat itu berupaya memenuhi lonjakan permintaan berikutan pengalaman mereka berdepan situasi jerebu yang berulang setiap tahun. Wartawan AFP turut melihat hampir 60 unit mesin oksigen dan kira-kira 20 tangki oksigen menanti proses penyelenggaraan atau penggantian di ruang pameran dan gudang syarikat berkenaan.

Peningkatan Mendadak Jualan Penapis Udara

Memetik The Straits Times lagi, peruncit penapis udara melaporkan jualan meningkat ganda sejak tahap kualiti udara mula merosot pada Ogos lalu.

“Baru-baru ini, kami mencatatkan peningkatan volum jualan penapis udara sebanyak 600 peratus dari 28 September hingga 12 Oktober berbanding tempoh sama tahun lalu,” menurut syarikat peruncit barangan elektrik pengguna, Courts, dalam satu kenyataan.

Wakil jurucakap Courts memberitahu AFP bahawa pelanggan kini lebih peka terhadap kualiti udara dalaman dan aktif mencari jalan penyelesaian bagi mengekalkan persekitaran rumah yang sihat dan selesa.

Pandangan sama turut dikongsi peruncit yang berpangkalan di Singapura, Gain City, yang mencatatkan peningkatan ketara dalam permintaan penapis udara.

“Permintaan mula melonjak sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya peningkatan ketara bermula 9 Oktober. Jualan kini meningkat sehingga sembilan kali ganda berbanding tahap awal musim jerebu pada Ogos,” jelas syarikat itu.

Peningkatan Mendadak Jualan Penapis Udara

Sementara itu, peruncit penapis udara melaporkan jualan meningkat ganda sejak tahap kualiti udara mula merosot pada Ogos lalu.

“Baru-baru ini, kami mencatatkan peningkatan jualan penapis udara sebanyak 600 peratus dari 28 September hingga 12 Oktober berbanding tempoh sama tahun lalu,” menurut syarikat peruncit barangan elektrik pengguna, Courts, dalam satu kenyataan.