Indonesia sedang menghadapi krisis tabung gas 3 kilogram yang mana masyarakat negara itu berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan sekaligus kehidupan harian terjejas.
Krisis ini telah memakan korban jiwa dimana seorang wanita suri rumah meninggal dunia kerana keletihan selepas beliau beratur sepanjang hari bagi mendapatkan bekalan tabung gas.

Innalillahi wa innailaihi rojiun. Turut berduka cita š„¹š„https://t.co/LePFhply9y pic.twitter.com/z4KVLrIVgo
— Si Paling Tangerang (@txtdaritng) February 3, 2025
Kenapa Krisis Tabung Gas Berlaku?
Menurut laporan media tempatan, punca utama masalah ini berlaku ialah kerajaan tempatan sudah tidak membenarkan tabung dijual secara runcit seperti sebelum ini dan masyarakat perlu mendapatkan bekalan terus dari pembekal iaitu Pertamina.
“Masyarakat yang mahu mendapatkan bekalan perlu datang ke pusat pengedar rasmi dan mereka wajib membawa kad pengenalan.
“Stok yang kami ada tidak mencukupi. Ramai yang datang dari malam dan subuh untuk membeli akan tetapi mereka pulang dengan tangan kosong,” kata salah seorang pegawai di pusat pengedar rasmi.
Setiausaha Korporat Pertamina, Patra Niaga Heppy Wulansari mendedahkan pembelian di pangkalan pengedar rasmi 3 adalah lebih murah kerana harga yang digunakan adalah mengikut Harga Runcit Tertinggi (HET) yang ditetapkan kerajaan.
āBagi orang ramai, pembelian di pangkalan rasmi LPG 3 kg pastinya lebih murah berbanding peruncit kerana harga jualannya mengikut HET yang ditetapkan kerajaan tempatan di setiap wilayah,ā kata Heppy.
Selain itu, jumlah bekalan di beberapa pusat pengedar rasmi tidak sama dimana ada pusat yang mempunyai bekalan cukup namun ada pusat yang mempunyai bekalan kurang sehingga menyebabkan tidak semua orang mendapatkan tabung.
Menteri Tenaga Dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Bahlil Lahadalia kemudiannya memohon maaf kerana isu yang berlaku menyebabkan seorang rakyat meninggal dunia.

Selepas ada rakyat yang meninggal dunia dan bantahan dilakukan di seluruh negara, Presiden Indonesia kemudiannya mengarahkan Bahlil agar peruncit diberi kebenaran semula untuk menjual tabung gas bagi mengatasi masalah yang berlaku.
Peruncit perlu mendaftar melalui sistem Online Single Submission (OSS) untuk mendapatkan Nombor Pengenalan Perniagaan (NIB) bagi membolehkan mereka menjual tabung kepada rakyat.
āJika peruncit ingin menjadi salah satu ejen jualan, mereka perlu mendaftar untuk mendapatkan NIB. Individu juga boleh mendaftar,ā kata wakil menteri.