Kalau kita sebagai warga tempatan, melihat Kuala Lumpur mungkin sekadar sebuah hutan konkrit dipenuhi bangunan pencakar langit yang gah sahaja.

Bagaimanapun, seorang pencipta konten dari negara jiran bernama Sena Farid S telah memperlihatkan keunikan dan keindahan lokasi-lokasi tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur dengan perpesktif yang kita tidak perasan selama ini.

Menerusi siri karya berjudul kabur ke Kuala Lumpur, video sinematografi di Central Market, Pasar Seni menjadi tajuk perbualan utama di platform Threads kerana penyampaian dan penceritaan yang ‘sangat dekat’ dengan orang ramai.

Ditambah pula visual yang disunting cukup mencuri perhatian ramai kerana berjaya mempamerkan warna-warni kehidupan masyarakat di kala saat kota raya ini berdetak laju, menganyam benang cerita di antara bayangan tradisi dan kilauan modeniti yang tak pernah padam.

Selain Central Market, kami menemui video lokasi lain lagi seperti Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang, Jalan Doraisamy dan Lot10.

Hasil karya videonya yang cukup mempersona itu langsung meraih pujian warga tempatan dan menariknya ramai berpendapat dia membuatkan Kuala Lumpur kelihatan ‘lebih estetik dan cantik’ menerusi perspektif yang tidak pernah dilihat selama ini.

“Anda menjadikannya kedengaran sungguh indah dan Ketua Menteri (CM) kita sungguh istimewa.”

“Ya Tuhan, ini seperti menonton filem, saya sukakannya!”

“Hai, saya suka naratif dan videografi anda. Rasa macam saya pun turut jatuh cinta!”

“Bukit Bintang terasa baru kerna sentuhanmu,” demikian komentar  pujian yang dilontarkan oleh warganet sekalian.