Kuala Lumpur mempunyai pelbagai kemudahan yang boleh dinikmati untuk warga asing atau kumpulan ekspatriat yang memilih untuk tinggal di sini. Perumahan yang mampu milik, gaji yang lumayan dan pelbagai kemudahan yang disediakan telah menjadikan Kuala Kumpur tempat pertama yang sesuai untuk diduduki oleh ekspatriat.

Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh InterNation dan dilaporkan oleh MalayMail, temubual dengan 12,000 ekspatriat di 186 negara, antara faktor yang menyumbang kepada kesimpulan tersebut adalah kemudahan mencari tempat tinggal, bertemu rakan, kos sara hidup, kualiti pengangkutan awam, sistem penjagaan kesihatan, kestabilan politik dan iklim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Asia dan Timur Tengah menguasai senarai yang dikeluarkan oleh InterNation, dengan Kuala Lumpur berada di kedudukan pertama, Singapura (ke-5), Ho Chi Minh City di Vietnam (ke-6), Bangkok di Thailand (ke-11), Shanghai di China (ke-13) adalah antara pilihan utama para ekspatriat.

Di Timur Tengah, Dubai (Emiriah Arab Bersatu), Doha (Qatar), Abu Dhabi (Emiriah Arab Bersatu) dan Muscat (Oman) adalah antara bandar yang dipilih oleh warga asing untuk tinggal dan bekerja.

Bagi mereka yang berfikir untuk berpindah ke negara Eropah, kedudukan ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada pilihan anda. Dilaporkan bahawa hanya Sepanyol mempunyai potensi untuk warga asing berhijrah dan menikmati kemudahan di sana dengan beberapa bandar dalam carta — Malaga (ke-2), Madrid (ke-10) Barcelona (ke-29). Dalam sepuluh teratas, hanya dua bandar di Eropah diletakkan sebagai pilihan yang baik: Prague (ke-7) di Republik Czech dan Basel (ke-9) di Switzerland.

Berikut ialah 10 destinasi ekspatriat terbaik:

1. Kuala Lumpur (Malaysia)

2. Malaga (Sepanyol)

3. Dubai (Emiriah Arab Bersatu)

4. Sydney (Australia)

5. Singapura

6. Bandar Ho Chi Minh (Vietnam)

7. Prague (Republik Czech)

8. Mexico City (Mexico)

9. Basel (Switzerland)

10. Madrid (Sepanyol)

Selamba berjalan di KLCC tanpa pelitup muka, tindakan Karen ini undang kemarahan netizen. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Selamba Berjalan Di KLCC Tanpa Pelitup Muka, Tindakan ‘Karen’ Ini Undang Kemarahan Netizen

Warga Asing Rohingya Bawah Pengaruh Dadah Buat Kecoh, Masih ‘Layan’ Walau Direnjat Dan Disepak

Hanya Mahukan Hak Kebebasan, Luahan Perasaan ‘Karen Dior’ Buat Netizen Tidak Senang