Kuala Lumpur muncul sebagai bandar yang mempunyai purata bayaran sewa pelbagai jenis rumah di Malaysia untuk tahun ini.

Menurut perkongsian BFM, dalam suku pertama tahun ini, rumah sewa dalam kategori mewah diletakkan dalam harga RM10,172 sebulan.

Baca Juga:

Sementara itu, segmen pasaran rumah kategori pertengahan mempunyai purata sewa RM3,409, dan hartanah mampu milik purata RM1,674 sebulan, lapor Juwai IQI.

Pertumbuhan kadar sewa diunjurkan kekal sederhana pada 1–3% dalam tempoh tiga suku akan datang, disokong oleh dasar monetari yang stabil dan permintaan bandar.

Kuala Lumpur
KLCC

Aliran ini mencerminkan minat yang berterusan daripada profesional dan penyewa mewah yang mengutamakan gaya hidup, ruang dan lokasi.