Sejak dahulu lagi, Kuala Lumpur sentiasa menerima kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara, malah jumlah pelancong semakin bertambah dari tahun ke tahun. Mengikut statistik sehingga tahun 2018, seramai 343 juta pelancong memilih negara-negara Asia Pasifik sebagai destinasi pelancongan.

Peningkatan jumlah pelancong masuk itu telah menunjukkan beberapa negara yang menerima jumlah pelancong paling banyak seperti Malaysia, Hong Kong, China, Thailand dan Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
FBB-Home
Sumber: furama

Menurut kajian yang dilakukan oleh syarikat tempahan kemudahan pelancongan, Agoda, Kuala Lumpur menunjukkan bandar yang menerima jumlah kemasukan pelancong tertinggi di Asia.

Jumlah tempahan oleh pelancong luar di Kuala Lumpur berjaya mengatasi jumlah tempahan di bandar-bandar besar yang lain di Asia seperti Taipei, Singapura dan Bali. Selain Kuala Lumpur, dua lagi bandar di Malaysia menerima jumlah pelancong yang banyak iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

Tentu sahaja pelancong tertarik dengan budaya, makanan, dan keramahan rakyat Malaysia sendiri sehingga ramai pelancong memilih untuk melawat Malaysia berbanding negara lain.

Sumber