Masalah padang bukan sahaja membelenggu saingan Liga Malaysia tetapi turut melanda Liga Korea Selatan apabila venue perlawanan AFC Champions League Elite (ACLE) antara Gwangju FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa ditukar.
Menurut laporan Korea Football News, aksi tersebut yang sepatutnya berlangsung di Stadium Piala Dunia Gwangju ditukar ke Stadium Yongin Mireu disebabkan oleh kualiti padang tidak mencapai standard Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Baca Juga:
- Jesse Lingard Bengang Dengan Kualiti Padang Di Korea
- Kelab Korea Selatan Enggan Jalani Latihan Pra Musim Di Malaysia
- Panjang Akal Penyokong Korea Selatan Buat Solidariti Buat Palestin Yang Lulus SOP FIFA
The AFC Champions League Elite match between Gwangju FC and Johor Darul Ta'zim has been relocated to Yongin Mireu Stadium due to severe pitch issues at Gwangju World Cup Stadium. Yongin is 234km away from Gwangju. #kleague pic.twitter.com/jSg3TcfdQn
— Korea Football News (@KORFootballNews) October 6, 2024
JDT dijadualkan bertemu jaguh Korea Selatan itu pada 22 Oktober di tempat lawan. Namun, lokasi venue perlawanan yang ditukar terletak kira-kira 234 km dari bandar Gwangju.
Perubahan lokasi itu memaksa penyokong JDT mengubah semula perancangan perjalanan mereka dan ia mengambil masa selama 3 jam jika bergerak dari lapangan terbang antarabangsa Incheon.
The AFC's website lists Gwangju and Ulsan's #ACLE home games on October 22 and 23 as "TBD" for both time and location.
It appears likely that the venues, originally set for Gwangju WC Stadium and Ulsan Munsu Stadium, may be changed due to serious pitch issues at both stadiums. pic.twitter.com/ZhsxQFmqiR
— Korea Football News (@KORFootballNews) September 30, 2024
Sebelum ini, bekas pemain Manchester United, Jesse Lingard meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kualiti padang yang terdapat di venue perlawanan Liga Korea.
Lingard yang beraksi bersama FC Seoul turut mengkritik kualiti padang gelanggang rasmi kelabnya iaitu Stadium Piala Dunia Seoul.
Jesse Lingard has joined the criticism of the pitch at Seoul WC Stadium: "In the Premier League, you don't have to worry about whether the ball will reach your feet properly. But here, you have to think about that first. Good pitches are crucial for good football." #kleague pic.twitter.com/XcVUN3PddF
— Korea Football News (@KORFootballNews) September 29, 2024
“Di Premier League, anda tidak perlu risau sama ada bola akan sampai ke kaki anda dengan betul. Tetapi di sini (Korea) berbeza.
“Di sini anda perlu berfikir adakah bola akan sampai ke kaki anda atau tidak setiap kali beraksi. Padang yang bagus penting untuk anda bermain bola sepak dengan cara yang betul,” katanya.
The K League should prohibit matches in stadiums where the pitch condition falls below acceptable standards. This isn't a football field. #kleague pic.twitter.com/FHOD8XcNFA
— Korea Football News (@KORFootballNews) October 6, 2024
Padang yang digunakan untuk perlawanan rasmi seharusnya berada dalam keadaan yang baik supaya dapat meminimumkan kemungkinan pemain cedera.