Sudah biasa kita melihat kucing diberi dandanan bagi tujuan kemasan, tetapi kali ini ada individu yang mahu kelainan dengan mengayakannya dengan cara yang unik.
Baru-baru ini, seorang pendandan kucing menerusi TikToknya memperlihatkan bagaimana seekor kucing telah didandan dengan corak unik pada bulunya.
Baca Juga:
- Bakar Anak Kucing Hidup-Hidup, Remaja 13 Tahun Mengaku Bersalah
- Netizen Kasihan, Tapi Pemilik Respon Kucing Ini Tak Suka Duduk Rumah
Menerusi video itu, wanita tersebut telah melakar lukisan rama-rama sedang duduk atas ranting dengan pewarna khas pada bulu belakang kucing tersebut. Dapat dilihat pelbagai warna yang digunakan bagi menjadikan ia lebih vibran dan menarik.
Selain di’conteng’, wanita itu turut memotong bulu pada bahagian corak untuk memberikan efek yang lebih hidup. Hasilnya memang unik dan cantik untuk dilihat malah ini merupakan sesuatu yang baharu di dalam Malaysia.
@farahilanizahari
Hantaran video itu sememangnya meraih perhatian warga netizen dan rata-ratanya sangat terkejut dan meluahkan rasa ingin tahu berkenaan dandanan unik itu.
Wanita itu lantas menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan oleh netizen. Antara yang dijawab berhubung pewarna yang digunakan, wanita itu menjelaskan bahawa pewarna terbabit memang selamat digunakan dan tidak akan menyebabkan sebarang kesan terhadap kucing.
Ini juga termasuklah bulu yang dijilat juga tidak akan merbahayakan kucing kerana pewarna direka khas dengan gred makanan.
Corak ini bagaimanapun tidak kekal dan hanya bertujuan untuk kecantikan semata-mata.
Selain itu, dia turut memaklumkan bahawa teknik dandanan sebegini sudah lama tersedia di luar negara dan kini baharu diperkenalkan di dalam pasaran tempatan.