Setiap orang mempunyai hubungan luar biasa dengan haiwan peliharaan, lebih-lebih lagi jika haiwan itu dijaga sejak kecil lagi.

Baru-baru ini pengasas tudung mewah Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, mencuri perhatian ramai apabila membawa kucingnya, Money, menyambut hari lahir yang ke-7 di outlet fesyen mewah jenama antarabangsa.

Baca Juga:

Menerusi video dimuat naik di TikTok peribadinya, Haliza dan ahli keluarganya membawa kucing mereka yang bernama Money di sebuah outlet Louis Vuitton terletak di ibu negara.

@halizamaysuri

Pertama kali dalam sejarah @louisvuitton Malaysia Menjemput dan meraikan hari jadi Pets di butik mewahnya 😻 Satu penghargaan bagi kami sekeluarga boleh bawa Money masuk mall, sbb Money memang sudah kami anggap anak bungsu kami 😍 #lv #louisvuitton

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

“Alhamdulillah anak Papa 7 tahun hari ini. Selamat ulang tahun Money. Mama, Papa doa untuk Money panjang usia dengan sihat dan cerdik,” kata Haliza.

Selain diraikan dengan penuh mewah sekali, kucing itu juga memakai persalinan yang ditempah khas di Haute Couture By Ri, milik pereka fesyen terkenal Dato’ Rizalman Ibrahim.

Persalinan busana itu dihiasi dengan batu-batu kristal Swarovski, yang sangat diminati oleh Haliza sendiri.

“Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju Haute Couture By Ri macam Mama, meletup berkilau mewah Swarovski itu,” kongsi Haliza di TikTok.

@halizamaysuri

Akhirnya tercapai juga hajat Money nak pakai baju @hautecouturebyri macam Mama, letop berkilau mewah Swarovskinya 😻 Bersiap nak celebrate birthday Money

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Pada masa sama, kucing itu turut mendapat hadiah seutas kolar kulit yang mempunyai huruf ‘M’ pada tag, merujuk kepada ‘Money’.

Semasa sambutan berlangsung, kelihatan Haliza dan keluarga turut menghadiahkan Money seutas beg Louis Vuitton yang ditempah khas dari Paris.

Menjenguk ruangan komen, ramai netizen mengucapkan tahniah dan gembira melihat founder tudung itu menyayangi kucingnya itu seperti anak sendiri.

“Pertama kali dalam sejarah Louis Vuitton Malaysia menjemput dan meraikan hari jadi haiwan peliharaan (kucing) di butik mewahnya.

“Satu penghargaan bagi kami sekeluarga boleh bawa Money masuk pusat beli-belah, sebab Money memang sudah kami anggap anak bongsu kami sendiri,” jelas Haliza.