Pengasas jenama tudung mewah tempatan Bawal Exclusive, Haliza Maysuri memang cukup terkenal sebagai individu yang sangat menitikberat barangan berkualiti tinggi dalam kehidupan sehariannya.

Baru-baru ini beliau berkongsi detik-detik penuh bermakna apabila memiliki ‘Swarovski Tiara’ yang tidak dijual di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @halizamaysuri, beliau dan suami dipercayai telah terbang ke Austria melawat ibu pejabat Swarovski untuk lawatan kerja.

@halizamaysuri

Direka oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, tiara 2024 ini terinspirasi oleh perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski. Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih. Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan. Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan @Swarovski tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun. Mohon doakan majlis perkahwinan anakda kami berjalan demgan lancar 🤲

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Semasa berada di sana, salah seorang wakil jenama perhiasan eksklusif itu memberitahu Haliza bahawa ‘Swarovski Tiara’ itu dicipta bukanlah untuk dijual.

Difahamkan tiara yang memiliki 233 kristal jernih tersebut dicipta khas untuk Vienna Opera Ball. Ia merupakan satu acara tari-menari tahunan terkemuka di Austria.

“Swarovski Tiara merupakan edisi khas dan ia bukan untuk dijual. Kami hanya ciptanya khas untuk acara Vienna Opera Ball dan hanya dipakai oleh gadis-gadis yang berada di dalam ballroom tersebut.

“Saya tidak pasti sama mereka boleh menyimpannya atau perlu memulangkan semula. Namun yang pasti, ianya tidak boleh dijual,” ujar wakil Swarovski itu.

Bagaimanapun sesiapa pun tidak boleh menolak takdir dan kehendakNya, pengasas Bawal Exclusive berjaya memiliki barangan perhiasan tersebut.

Di dalam video tersebut, jelas kelihatan Haliza sangat gembira apabila wakil Swarovski menyerahkan sebuah kotak yang mengandungi ‘Swarovski Tiara’ di dalamnnya.

“Direka oleh Pengarah Kreatif Global Swarovski Giovanna Engelbert, tiara 2024 ini terinspirasi oleh perhiasan kekaisaran Austria dan perhiasan keluarga Mesmera Swarovski. Setiap potongan dibuat dengan teliti dari 233 kristal jernih.

“Batu kristal tiara itu diatur dengan elegan dan bersinar dengan setiap gerakan. Sebagai tradisi yang memiliki tempat ikonik dalam warisan Austria dan Swarovski tiara ini menjadi simbol keahlian unik milik Austria dan sejarahnya yang berusia 129 tahun,” petik hantaran Haliza.

Video yang dikongsikan di media sosial Haliza Maysuri ternyata mencuri perhatian warganet. Ramai mengucapkan tahniah atas kejayaannya untuk mendapatkan barangan perhiasan mewah yang penuh eksklusif tersebut.

Netizen turut mendoakan dipermudahkan urusan sepanjang majlis perkahwinan anak beliau nanti.

Pada masa sama, mereka meminta liputan menyeluruh akan diadakan semasa majlis – wedding of the year– itu berlangsung.

Dalam pada itu, jutawan tudung tersebut juga sudah selesai membeli sepasang bentuk cincin untuk bakal menantu dan goldbar untuk kakitangan Bawal Exclusive dari Habib Jewels.

Beliau turut mendapatkan khidmat Rizman Ruzaini untuk membuatkan gaun berkilau mewah bertatahkan kritsal Swarovski yang sebanyak 189,936 butir.