Pada 16 Disember 2023 lalu, telah berlangsungnya acara eksklusif ulang tahun ke-25 jenama tudung mewah tempatan ‘Bawal Exclusive’ dengan penuh gilang-gemilang di Sunway Resort Hotel.

Sememangnya untuk turut serta ke dalam majlis itu bukanlah mudah. Apatah lagi gaun dihiasi kristal Swarovski yang dipakai oleh pengasasnya sendiri, Puan Haliza Masyuri berharga RM250,000.

Baca Juga:

Hanya pembeli dengan jumlah terkumpul RM5,000 sepanjang awal Januari hingga akhir Oktober 2023 sahaja berpeluang terpilih untuk menghadiri acara tersebut.

Difahamkan lebih 800 tetamu telah menghadiri acara tersebut. Mereka terdiri daripada ‘Top 10′ pembelian tertinggi tudung Bawal Exclusive.

@halizamaysuri

Lebih 800 tetamu terdiiri dari top10 pembelian tertinggi tudung Bawal Exclusive di raikan, sempena ulang tahun Bawal Exclusive ke25 tahun. Terima kasih ats sokongan yg tidak pernah berbelah bagi.

♬ Kösem Opening Theme – Aytekin Ataş

Dalam video terbaharu di akaun TikTok peribadi Puan Haliza, beliau berkongsi highlight acara tersebut walaupun mereka (para tetamu) tiada akaun TikTok.

“Saja nak kongsi di sini wajah-wajah wanita-wanita kaya dan berkerjaya pemakai jenama mahal tudung Bawal Exclusive walaupun mereka ini tak ada masa main TikTok,” ujar beliau.

Perkongsian video TikTok itu telah mendapat sokongan dan pujian daripada netizen. Mereka berpendapat pelanggan-pelanggan inilah membantu Bawal Exclusive berkembang.

Sekaligus membolehkan jenama tudung mewah itu mengeluarkan zakat dalam jumlah yang besar bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Sumber Gambar: TikTok @halizamaysuri
Sumber Gambar: TikTok @halizamaysuri
Sumber Gambar: TikTok @halizamaysuri

Pada masa sama ada pelanggan yang meluahkan harapan agar dapat membeli dan memakai produk keluaran Bawal Exclusive sama seperti wanita-wanita berkerjaya yang lain.

Selain meraikan pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama Bawal Exclusive, acara itu turut meraikan Premium Reseller yang menjadi tunggak utama dalam memperluaskan lagi rangkaian jenama tudung mewah itu di seluruh Malaysia.