Terdahulu, nama founder Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menjadi perhatian ramai selepas beliau membuat video mengatakan masih memakai tudung berharga RM1,200 yang mana dianggap murah.

Bahkan, beliau baru-baru ini menegaskan bahawa syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan berharga RM150,000 untuk sehelai tudung. Dengan ini, ia telah memadam rekod pada tahun 2020 di mana sehelai tudung berharga RM100,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bawal Exclusive masih pegang rekod tudung termahal di dunia pada tahun 2020. Apabila semakin hari semakin kreatif buat rekaan terkini, hari ini terhasilah tudung berharga RM150,000. Ia hanya sehelai sahaja,” katanya ketika ditemu ramah.

Tambah Haliza, bagaimanapun tudung berharga ratusan ribu itu enggan didedahkan nama pemilik bagi mengelakkan isu berkaitan keselamatan.

Mengulas lagi mengenai harga tudung mahal mencecah ratusan ribu ringgit, Haliza mempunyai pandangan peribadinya.

“Untuk pengetahuan apabila tudung eksklusif ini, pembelinya minta dirahsiakan.

“Di Malaysia ni biasalah, kalau pakai tudung mahal sikit cakap riaklah, nak menunjukklah.

“Sedangkan kalau kasut harga belasan ribu letak di kaki, rakyat Malaysia sangatlah bangga. Kalau beg harga puluhan ribu, kenapa tidak tudung.

“Tapi rakyat Malaysia tak boleh nak terima lagi bahawasanya harga tudung belasan atau ratusan ribu ringgit,” tegasnya lagi terhadap tuduhan tudung yang ditawarkan terlalu mahal daripada yang biasa.

Sumber