Lagu berjudul Pujaanku yang dinyanyikan oleh kumpulan muzik, Kugiran Masdo sememangnya popular di kalangan masyarakat tempatan.

Baru-baru ini, lagu yang dipopularkan kumpulan muzik tempatan itu kembali mencuri perhatian apabila dinyanyikan oleh ahli Kumpulan K-Pop N.SSign, Kazuta dan Junhyeok.

Baca Juga:

Dalam klip yang dimuat naik di platform X menerusi akaun @nssigncosmo mendedahkan ahli kumpulan itu mendendangkan salah satu album daripada Masdo iaitu, Pujaanku.

Lebih menarik, setiap bait lirik tidak diterjemahkan sebaliknya dinyanyikan dalam bahasa asal iaitu Melayu. Kedua-dua mereka juga menyanyikan lagu tersebut sambil menari mengikut irama.

Susulan tular di media sosial, penyanyi asal lagu tersebut turut memberi reaksi terhadap nyanyian kumpulan K-pop itu.

Dalam satu ciapan terkini, Masdo meninggalkan komen satu perkataan menyatakan perasaannya berkaitan kumpulan tersebut menyanyikan lagu mereka.

Fuyoh!” komen Masdo dengan ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berkenaan seakan ‘terpegun’ melihat ahli kumpulan K-Pop itu menyanyikan lagu tersebut.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Ramai juga memuji artis K-Pop itu kerana mampu menyanyikan lagu itu dengan lancar dan jelas walaupun bukanlah bahasa natif untuk mereka.

Menariknya, kami juga mengesan seorang individu Jepun yang turut memuji lagu Pujaanku dengan mengatakan ia sangat bagus dan gembira dapat menemuinya selepas menonton video persembahan itu.