Kumpulan LGBTQ di Malaysia memberitahu Reuters bahawa komuniti mereka menghadapi penindasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak sampai setahun diangkat sebagai PM ke-10 Malaysia.

Seorang artis drag queen, Carmen Rose dalam temubualnya bersama media antarabangsa berkata bahawa serbuan polis pada tahun lalu telah membuatkan beliau takut dan bimbang dengan nasib komuniti LGBTQ di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sejak serbuan tahun lalu, dia juga sudah jarang keluar untuk membuat persembahan dan jarang keluar di khalayak ramai dengan memakai pakaian tersebut.

Bagi penganalisis, kononnya tindakan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ke atas kumpulan ini adalah untuk memperkukuhkan kedudukan beliau dikalangan komuniti Islam selepas pembangkang lebih mendapat tempat.

“Anwar tidak berasa politiknya stabil, jadi dia harus lebih Islamik daripada pihak lain,” kata James Chin, penganalisis politik di Universiti Tasmania di Australia.

Aktivis berkata mereka menjangkakan pihak kerajaan menunjukkan lebih toleransi kerana beliau menyokong masyarakat yang inklusif selama 25 tahun beliau dalam pembangkang.

Bagi timbalan presiden JEJAKA – sebuah pertubuhan yang menyokong gay dan biseksual – Dhia Rezki Rohaizad, beliau sebenarnya lebih mengharapkan bahawa Anwar membawa agenda reformasi yang beliau perjuangkan, “Ia mengecewakan kerana ini tidak berlaku. Sekurang-kurangnya, kami berharap mereka akan membiarkan kami, tidak secara aktif menganiaya kami.”

Untuk rekod, Anwar Ibrahim pada Januari tahun ini secara terbuka berkata bahawa kumpulan LGBTQ tidak akan pernah diiktiraf sepanjang beliau memimpin Kerajaan Perpaduan.

“Kadang-kadang ahli politik ini akan mengatakan bahawa jika Anwar menjadi perdana menteri maka Islam akan hancur, sekularisme dan komunisme akan bertapak, dan LGBTQ akan diiktiraf.

“Ini adalah khayalan. Sudah tentu ia tidak akan berlaku dan insya-Allah di bawah pentadbiran saya ini tidak akan berlaku,” katanya.