Menjadi kebiasaan buat kanak-kanak hari ini meneroka ilmu baru menerusi internet. Namun dengan tiada sekatan yang sepatutnya, mereka lebih terdedah kepada perkara atau trend berunsur negatif dengan mudah.

Terbaharu, seorang guru yang lebih dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh meluahkan kerisauan terhadap pelajar masa kini mudah terpengaruh dengan perkara negatif yang dipamerkan di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Mohd Fadli Salleh

Menerusi perkongsian guru tersebut di Facebook, seorang pelajar menulis perkataan “LGBTQ+” pada lukisannya dalam sebuah pertandingan melukis sempena Hari Malaysia.

Menurutnya, guru yang membuat aduan kepadanya memberitahu lukisan tersebut cantik namun terkejut apabila melihat terdapat perkataan “LGBTQ+” pada lukisan itu.

Ditanya mengapa menulis perkataan itu pada lukisannya, pelajar terbabit mendakwa ia adalah trend terkini seperti yang dilihat di media sosial.

Lebih teruk lagi apabila ditanyakan maksud frasa “LGBTQ+”, pelajar itu memaklumkan tidak mengetahuinya dan hanya sekadar menulis kerana menganggap ia suatu yang cool.

Menjengah ke ruangan komen, guru yang terlibat dalam pertandingan melukis itu memaklumkan pelajar terbabit memang benar-benar tidak menngetahui perkataan itu.

Selepas menerangkan maksud perkataan itu, pelajar terbabit memberi reaksi terkejut dan penjaganya berterima kasih atas teguran yang dibuat.

Sumber Gambar: FB Mohd Fadli Salleh

Hantaran itu telah menarik perhatian ramai yang dilihat perkara itu amat merisaukan dengan pengaruh yang diterima pelajar masa kini.

Ramai juga berpendapat ini merupakan salah satu cara pihak berfikiran terbuka menyebarkan dakyah bahaya ini kepada orang ramai dengan mempromosikan perkataan LGBTQ+ sebagai suatu yang trendy. Ibu bapa diminta untuk lebih peka dalam mengawal kandungan yang ditonton di internet dan media sosial.