Kabinet Thailand telah meluluskan rang undang-undang perkahwinan sesama jenis. Dengan fasa terakhir adalah mendapatkan kelulusan daripada parlimen, Thailand kini bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan Perkahwinan sejenis.

Menurut laporan Bloomberg, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin memberitahu pemberita di Bangkok pada Selasa lalu bahawa langkah baharu itu akan menggalakkan kepelbagaian dalam masyarakat Thai dan memberikan peluang kepada pasangan LGBTQ hak yang sama seperti pasangan heteroseksual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rang undang-undang itu dijadualkan dibahaskan oleh parlimen pada 21 Dis ini.

Undang-undang perkahwinan sesama jenis ini akan memperluaskan usaha kerajaan Thai untuk meluluskan hubungan sejenis di Thailand.

Ia tidak merangkumi perkahwinan sahaja, namun rang undang-undang ini akan memberi peluang kepada pasangan LGBTQ hak tertentu, seperti keupayaan untuk mengambil anak angkat, mengurus aset dan liabiliti bersama-sama, mewarisi harta dan pelbagai lagi.

Sumber