Lambakan pendatang asing meminta sedekah pada hari ini menyebabkan orang ramai rasa kurang selesa dan kurang selamat apabila berada di kawasan awam.
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, @mrs.nnb berkongsi rakaman di mana pendatang asing bersikap kurang ajar dan kasar apabila orang ramai tidak menghulurkan duit ketika mereka meminta sedekah.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Mereka mengeluarkan kata-kata kesat sekiranya tidak mendapat duit daripada orang ramai. Bahkan ada yang cuba merosakkan harta benda.
@mrs.nnb Replying to @Mrs.NN ᥫ᭡ SIAP TUTUP MUKA & PALING BIADAP DIA TOLAK KERUSI KEDAI FAMILY AKU! MCM MCM PUAK DIA NI MASUK!
Netizen menyatakan rasa kurang senang apabila makan di tempat awam kerana mereka (pendatang asing) akan datang cuba menggunakan pelbagai taktik bagi mendapat wang. Antaranya dengan menjual tisu, membawa pasangan cacat tubuh badan dan membawa kanak-kanak atau bayi kecil.
Tambah netizen lagi, daripada memberi sedekah kepada mereka, lebih baik berikan kepada masjid atau surau yang lebih meyakinkan.
Satu video lain menunjukkan sindiket kutip derma pendatang asing ini dihantar pulang ke hotel selepas selesai membuat ‘kerja’ mereka.
Dalam pada itu, orang ramai menyeru agar pihak kerajaan dan pihak berwajib dapat menjalankan tanggungjawab membanteras lambakan pendatang asing dengan kadar segera.
Ini kerana mereka dapat mengancam keselamatan dan kesejahteraan orang ramai jika dibiarkan mereka berleluasa.