Lama menjadi teka-teki buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hari ini mejadi saksi apabila kadar dividen diumumkan di mana simpanan konvensional menerima dividen sebanyak 5.35% manakala simpanan syariah pula menerima dividen sebanyak 4.75%.

Berdasarkan jumlah saiz dana, dilaporkan simpanan konvensional bernilai sebanyak RM45.44 bilion manakala simpanan syariah pula bernilai RM5.7 bilion yang sekaligus menjadikan jumlah simpanan keseluruhan bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion.

Baca Juga:

Setakat 31 Disember 2022, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion, berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong oleh ketidaktentuan pasaran dan penilaian pasaran ekuiti dan pendapatan tetap yang lebih lembab.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah. Sumber: The Star

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, di sebalik kemelesetan pasaran global yang berterusan pada 2022, portfolio pelaburan KWSP kekal berdaya tahan dalam mendepani cabaran kemelesetan ini dengan impak yang minimum.

Difahamkan pembayaran sebanyak RM51.14 bilion ini akan memanfaatkan lebih daripada 15 juta ahli KWSP, termasuk ahli daripada sektor tidak formal yang berdaftar dengan i-Saraan, iaitu sebuah program caruman sukarela berasaskan insentif.

Tahun kewangan 2022 menyaksikan pertumbuhan global yang lebih perlahan dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi, ditambah dengan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat utama untuk mengekang tekanan inflasi.

Sumber: The Star

Pasaran pendapatan tetap juga gagal mencatatkan prestasi yang baik apabila indeks bon merekodkan pulangan negatif untuk tahun yang sama, sebahagian besarnya disebabkan oleh hasil bon yang tinggi berikutan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang berterusan.

Ketidakstabilan geopolitik juga adalah faktor utama mempengaruhi pergerakan pasaran, dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah melonjakkan harga komoditi, ditambah dengan pergolakan antara Amerika Syarikat dan China.

Sumber