Kecoh pada bulan lalu apabila tular sebuah video daripada seorang usahawan yang didakwa warga Kemboja melabelkan kaum Melayu sebagai pemalas. Video yang tular tersebut telah membuatkan beberapa individu membuat laporan polis atas dakwaan yang dibuat.

Terbaharu, usahawan bernama Mariyah Yaakob atau lebih dikenali sebagai Madame Mariyah dilaporkan bakal didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, esok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata selain wanita terbabit, anak lelakinya Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, turut akan dituduh.

“Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara adalah untuk mendakwa kedua-dua individu terbabit pada esok.

“Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya dihubungi.

Dalam siasatan kes itu, polis turut menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang boleh membantu siasatan lain selain Mariyah.

Pada 27 November lalu, usahawan berpangkalan di Johor Bahru itu membuat permohonan maaf dalam sidang media susulan video tular berhubung kenyataannya yang mengaitkan Melayu malas sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai.

Sumber