Seperti kita sedia maklum, perkhidmatan internet berasaskan satelit yang dikendalikan oleh Space X sudah pun ditawarkan secara rasmi di Malaysia.  Bahkan, kerajaan mengumumkan bakal menyediakan servis Starlink secara meluas di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang guru memulakan inisiatifnya sendiri dengan membeli peranti ciptaan syarikat Elon Musk itu untuk digunakan di pedalaman Sarawak.

Baca Juga:

@amoimorni

starlink. Happy betul cikgu izzat ni bila starlink dah sampai. Hahahahaha jom tgk hasil dia nanti 😍 #starlink #starlinksatellites #starlinkinternet #fyp #rurallife #sarawak #pedalamansarawak

♬ original sound – AmOi Morni – AmOi Morni

Perkongsian video yang dibuat oleh pengguna @amoimorni itu memaparkan keterujaan mereka mendapat kit permulaan peranti tersebut.

Usaha murninya itu difahamkan adalah untuk memudahkan kerja-kerjanya sebagai seorang pendidik di kawasan pedalaman memandangkan capaian internet agak sukar di situ.

Perkara itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen malah ramai juga yang ingin mengetahui lanjut tentang penggunaan Starlink.

Sumber Gambar: TikTok @amoimorni
Sumber Gambar: TikTok @amoimorni

Dalam videonya yang lain, beliau memberitahu pembelian itu adalah atas hasil usahanya sendiri dan bukan bantuan kerajaan seperti yang diumumkan sebelum ini.

@amoimorni

Replying to @Quzueri alhamdulillah. Terima kasih atas usaha pihak2 tertentu untuk bawa masuk starlink ni ke Malaysia. Dapat memudahkan rakyat pedalaman macam kami untuk dapatkan capaian internet lebih baik, insyaAllah.

♬ original sound – AmOi Morni – AmOi Morni

Malah, ramai yang memuji akan prestasi kelajuan kadar muat turun mencapai 151Mbps menerusi Starlink itu meskipun berada di pendalaman.

“Kami beli sendiri ya, walaupun beli sendiri, tetap kredit kepada pihak yang bawa masuk Starlink ke Malaysia. Dapat memudahkan kami untuk dapat capaian yang baik,” tulisnya di kapsyen video.

Kehadiran Starlink dilihat mampu memberi manfaat kepada semua orang lebih-lebih lagi di kawasan pendalaman. Untuk makluman, anda yang berminat juga boleh menempah peranti Starlink menerusi laman rasmi Starlink dengan harga langganan bulanan RM220.