Kalau baru-baru ini, tular satu video seorang pegawai polis trafik menahan pasangan warga asing kerana memandu van di atas had laju yang dibenarkan dan meminta rasuah RM100.

Kali ini, satu lagi kejadian serupa telah berlaku dan tular dalam talian, cuma kes yang sama ini terjadi di Langkawi November lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu video, pelancong dengan nama Luke Damant berkongsi pengalamannya di saluran YouTube, di mana dia dan teman wanitanya menunggang motosikal di Langkawi sebelum ditahan oleh polis.

Kamera kemudiannya dialih, di mana perbualan antara Luke dan pegawai polis kedengaran tetapi tiada visual kejadian tersebut.

Pegawai polis itu bertanya kepada Luke dari mana dia berasal. Kemudian dia meminta lesen memandu Luke dan bertanya sama ada dia tahu mengapa dia ditahan sebelum diberitahu mengenai saman bernilai RM300.

Pegawai itu berkata Luke perlu mengikutnya ke balai polis sejauh 10km untuk menyelesaikan denda, sambil menambah bahawa ia perlu dilakukan bagi menghalang pelancong meninggalkan negara itu tanpa membayar denda.

Pegawai polis itu kemudian kedengaran memberi Luke pilihan: sama ada ikut dia ke balai polis atau menyelesaikan perkara itu dengan segera dengan hanya ‘diskaun’ RM100.

Selepas membayar ‘diskaun’ RM100, kamera kembali ke wajah Luke, di mana dia melahirkan rasa terkejut kerana lepas dengan mudah.

Dia kemudian pergi ke kedai berhampiran untuk membeli topi keledar murah supaya dia tidak ditahan polis lagi.