Siapa sangka lagu patriotik yang pernah menjadi siulan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu kini bergema di pentas muzik elektronik antarabangsa?

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform media sosial memaparkan seorang DJ antarabangsa terkenal, DJ MatricK, memainkan adunan semula (remix) lagu ikonik “1 Malaysia” dalam versi Trance.

Video tersebut telah mencuri perhatian netizen tempatan yang rata-ratanya terkejut dan teruja mendengar lagu tersebut diberi nafas baru yang begitu bertenaga.

Video tersebut telah mencuri perhatian netizen tempatan yang rata-ratanya terkejut dan teruja mendengar lagu tersebut diberi nafas baru yang begitu bertenaga.

Dari Lagu Patriotik Ke Pentas EDM Antarabangsa

Dalam klip video yang dikongsi secara meluas di TikTok dan X (Twitter), DJ Matrick dilihat sedang beraksi di hadapan ribuan peminat muzik EDM. Suasana menjadi gamat apabila intro lagu “1 Malaysia” yang sangat dikenali mula kedengaran, sebelum rentak beat bertukar menjadi melodi Trance yang rancak dan penuh bertenaga.

Lagu “1 Malaysia” yang asalnya mengekalkan konsep perpaduan dengan lirik “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan…” ternyata berjaya diubah suai menjadi sebuah club banger yang mampu membuatkan sesiapa sahaja melompat kegembiraan.

Kemahiran DJ MatricK mengadun lagu tersebut bukan sahaja memukau pengunjung festival berkenaan, malah membuatkan netizen di Malaysia “terpaku” seketika apabila video tersebut melintasi timeline mereka.

Berdasarkan perkongsian di hantaran lain, lagu ini bakal dimainkan pada acara Altitude yang diadakan di Malaysia pada tahun ini.

@

♬ –

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia tidak dapat menyembunyikan rasa rindu mereka terhadap nostalgia era lagu tersebut dilancarkan. Ramai yang mengakui bahawa lagu 1 Malaysia mempunyai melodi yang sangat catchy dan sentiasa melekat di dalam kepala.

“Saya rakyat Malaysia, lagu ini sentiasa mengajar saya maksud perpaduan,” ujar seorang netizen.

“Rindu nak dengar lagu 1Malaysia berkumandang di tv di radio dan di mana-mana saja..,” kongsi seorang lagi.

“Lagu yang benar benar memupuk keharmonian,” tambah seorang netizen lain.

Kejutan yang dibawakan oleh DJ Matrick ini membuktikan bahawa muzik sememangnya tidak mempunyai sempadan. Sebuah lagu yang asalnya dicipta untuk memupuk semangat perpaduan di Malaysia, kini berjaya menyatukan peminat muzik dari seluruh dunia di bawah satu bumbung yang sama.

Sehingga kini, video tular tersebut telah meraih ratusan ribu tontonan dan ribuan perkongsian, sekaligus menghidupkan semula memori indah rakyat Malaysia terhadap salah satu lagu paling ikonik dalam sejarah negara.

Adakah kita bakal melihat lebih banyak lagu patriotik tempatan digubah ke versi EDM selepas ini? Sama-sama kita nantikan!