Siapa sangka tarian yang tular di YouTube serta menjadi pilihan kanak-kanak seluruh dunia iaitu ‘Baby  Shark’ berjaya mendapat tempat dalam carta Billboard Hot apabila berada pada kedudukan No 32.

Mungkin ramai yang tidak tahu lagu ‘Baby Shark’ sebenarnya sudah lama dihasilkan sejak daripada beberapa tahun sebelumnya namun mula mendapat tempat dikalangan pengguna apabila hadir dengan muzik video yang membolehkan para kanak-kanak mengikutinya. Antara syarikat penting yang mempopularkan Baby Shark pastinya Pinkfong, sebuah syarikat yang berasal dari Korea Selatan.

maxresdefault

Pada mulanya tarian ini menjadi viral di Indonesia, setelah itu tarian ‘Baby Shark’ tersebar di seluruh dunia sebelum memasuki perairan Amerika Syarikat, bermula dengan ‘debutnya’ pada carta Kid Digital Song Sales pada Julai 2018. Ia melakukan kemunculan pertamanya di carta Lagu Streaming pada bulan November lalu.

Terkini, berikutan peningkatan penstriman lagu Baby Shark yang dimainkan orang ramai, lagu ini berjaya menduduki kedudukan 32 dalam carta Hot 100 minggu ini. Memandangkan lagu ini mula dilancarkan pada tahun 2016, lagu ini memerlukan mengumpul beberapa mata carta yang mencukupi untuk muncul dalam 50 teratas Hot 100 sebelum ia layak memasuki carta kerana setiap peraturan carta tersebut kesemuanya mengenai lagu lama.

02-pinkfong-baby-shark-2018-billboard-1548

Selain itu, lagu ini juga berjaya menjuarai carta lagu kanak-kanak selama 11 minggu berturut-turut. Jelas lagu ini mempunyai aura yang tersendiri apabila hampir kesemua kanak-kanak seluruh dunia terhibur dengan lagu ini. Oh ya, katanya ibu bapa kanak-kanak juga terhibur dengan lagu ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.