Album terakhir The Beatles diterbitkan pada tahun 1970 dan selepas itu ahli kumpulan legenda ini mengikut haluan masing-masing. Selepas kematian John Lennon pada tahun 1980, harapan mereka untuk menghasilkan lagu musnah begitu sahaja.

Bagaimanapun, penulis lirik dan penyanyi kumpulan The Beatles, Sir Paul McCartney berkata penggunaan Sistem Kecerdasan Buatan (AI)  membantu dalam penciptaan lagu terakhir kumpulan itu yang tidak sempat ditamatkan suatu ketika dahulu, lapor BBC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: People

Dalam satu program Today BBC Radio 4, beliau memberitahu bahawa teknologi itu telah digunakan dalam menghasilkan suara mendiang John Lennon daripada demo lama supaya beliau boleh melengkapkan lagu itu.

Menariknya, beliau memaklumkan lagu tersebut baru sahaja selesai dibuat dan bakal dikeluarkan tahun ini juga.

Paul berkata beliau menerima memo daripada balu Lennon, Yoko ono setahun lalu. Memo tersebut adalah salah satu daripada beberapa lagu kaset yang tertera tulisan “untuk Paul” sejurus kematian Lennon pada 1980.

Lagu berkenaan berkisarkan permohonan maaf cinta namun tidak sempat diterbitkan. Sementara itu, rakaman tersebut tidak sempat diselesaikan dipercayai kerana terdapat masalah teknikal pada rakaman ekoran gangguan elektrik di kediaman Lennon.

Jadi, timbul spekulasi bahawa mungkin lagu Now and Then yang tidak dapat disiapkan kerana kualiti rakaman pada kaset yang rendah. Dengan bantuan AI, trek audio suara Lennon boleh diasingkan daripada rakaman itu kemudian dihasilkan dalam kualiti tinggi.

Sumber