Sekiranya anda pernah menonton rancangan Melodi yang ditayangkan di TV3 sejak sekian lamanya, pastinya anda cukup kenal dengan individu bernama. Popular dengan segmen ‘Terjah’ membuatkan diri beliau cukup dikenali sebagai Nas Ahmad Terjah.

Terbaharu, pengacara serta rakan terdekat Nas Ahmad, Fedtri Yahya menerusi laman Twitter beliau tampil berkongsi keadaan Nas Ahmad yang kini berada di hospital. Menurut apa yang dikongsikan, Nas Ahmad diuji dengan masalah melibatkan jantung.

Perkongsian yang dibuat nyata mendapat perhatian netizen yang terkejut dengan wajah terbaru Nas Ahmad serta mendoakan agar Nas Ahmad kembali sembuh. Berikut merupakan respon netizen terhadap perkongsian Fedtri Yahya.

Perkongisan yang dibuat Fedtri Yahya pada malam tadi telah meraih lebih 600,000 tontonan di mana rata-ratanya mendoakan agar Nas Ahmad kembali sembuh. Diharap semoga Naz Ahmad dapat kembali sihat sekaligus meneruskan apa yang diminati beliau sebelum ini.