Bulan Ramadan sering kali dikaitkan dengan bulan ibadah. Digandakan ganjaran pahala untuk ibadah yang dilakukan antara yang membuatkan umat Islam berlumba-lumba untuk mengerjakannya.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila Masjid Sultan Hj Ahmad Shah 1, Kuantan menjadi kecoh sewaktu Solat Subuh gara-gara kehadiran seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman tampil menyerang imam.

Di sebalik serangan yang dibuat serta pencerobohan yang dibuat bermula dari saf belakang, para netizen nampaknya lebih tertumpu dengan kepantasan imam mengelak serangan seolah mengetahui bakal dipukul.

Tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan kuasa-kuasa yang terdapat dalam anime seperti Sharingan dan juga Haki. Berikut merupakan respon netizen terhadap insiden yang berlaku.

Sejurus selepas insiden berlaku serta tular di media sosial, pihak masjid Sultan Ahmad Shah 1 tampil membuat kenyataan yang memaklumkan lelaki individu kurang siuman di mana beliau terlepas masuk ke dalam masjid. Difahamkan tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta berlaku sebarang insiden berlaku.

Para netizen memklumkan individu ini telah mendapat perhatian pihak polis di mana pihak polis telah mencekup individu ini dalam mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berulang.